21 July, 2013

525. LABU BERENDAM -iftar ke12

Bukan badak berendam yee.. ilahjy tak makan badak..mkn labu ada leee hehe
Marah karang pereka nama kuih lama2 tu nanti.
Bagi ilahjy tak berapa nak makan kuih2 yg pelik nama..terutama nama berkaitan dgn na***  anak2 pun tak mau makan jika nama yg bukan2 disebut. Sampai tak jamah langsung org beri kuih tersebut..tak boleh sebut apa nama kuih itu nnti ramai org marah.. nak buat mcm mana itu dah kuih tradisi.. 
jadi ilahjy cuba beri nama mengikut bahan utama yg digunakan. Adaptasi dari kuih asal.tak guna lagi nama2 yg tak sesuai utk dijamah..
Jgn marah ini pendapat kami sekeluarga. Sedangkan tuhan pun menyuruh kita beri nama yg molek2 utk keturunan kita..apatah lagi nama utk makanan.. huhuhu
Mohon maaf byk pula celoteh. Jom kita lihat resepi dibawah




Harap maaf ye ilah jy tak de sukatan kuih2 sebegini diajar oleh nenek tanpa sukatan

Bahannya:

Labu kuning dikukus dengan kulit sehingga lembut
Ambil isinya dn lenyekkan
Sukatan mengikut kekuatan yang hendak makan


Tepung pulut dicampur sehingga boleh dibentuk adunan seperti buah melaka
Uli sebati dan bentuk bulat bulat seperti kita kehendaki.
Isikan inti kelapa dan bulatkan semula

Rebus air sehingga mendidih
Masukkan bulatan2 tadi kedalam air masak sehingga timbul
Toskan terus di masukkan ke dalam kuah santan

Kuah santan:

Panaskan santan bersama sedikit garam dan daun pandan
Masukkan sedikit gula masak sehingga mendidih dengan api perlahan
Ambil tepung beras dibancuh dengan air biasa kacau sebati
Masukkan ke dalam kuah santan masak sehingga kuah menjadi pekat.
Jika kurang pekat tambah lagi tepung beras seperti tadi.

Inti kelapa:

Kelapa muda
Gula melaka
Gula pasir air
Daun pandan
Garam

Caranya:

Masak semua gula sehingga hancur, tapiskan
Panaskan smula masukan kelapa
Masak sehingga kering 



2 comments:

  1. tngk je pun dah tau sedap...kalau Hamka dengar nama kuih badak berendam lagilah takmo makan, ada kang di tanyanya badak mana boleh makan...kan besar, mana leh letak dlm mangkuk...dan mcm2 lagi di tanyanya....he3..

    ReplyDelete
  2. aduh.. terliur dah ni.. =)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini