22 July, 2013

526. DAGING DENDENG CARA ILAHJY-iftar 13

Akibat lewat masuk dapur untuk masak hari ni iftar ke 13
Dan malas nak cari resepi, ilahjy main redah jer buat masakan kesukaan anak sulungku najihah. Kebetulan ada daging batang pinang lebihan buat bubur kanji semalam. Dapat 2 kali makan berbuka dan sahur nanti.
Jom layan resepi  ku simpan untuk rujukan dimasa depan. Jika tak kena selera kalian harap maaf yee.


Bahannya:

Daging batang pinang  dipotong sederhana nipis anggaran 3 cawan siap potong
 tak timbang pula berapa gram..

Gaulkan dengan garam, kunyit dan sedikit kicap pekat
Goreng dalam minyak yang tenggelam sehingga sederhana garing
Toskan dan tumbuk dalam lesung batu sehingga pecah tapi jangan berderai pula!

Bahan mesin:

1/2 cawan cili kering mesin
1 inci halia 
1 inci lengkuas
1/2 biji bawang besar
3 ulas bwg putih
1/2inci -sedikit jer belacan

Mesin kesemua sehingga halus
Tumis dengan menggunakan minyak gorengan tadi
Setelah garing, masukan sedikit air dan 3 biji cili merah yang telah diketuk2 pecah
Masak sehingga cili menjadi lembut, masukan daging tadi.
Tunggu sehingga sedikit kering rasa garamnya. Toskan lebihan minyaknya. Hidangkan.

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini