28 July, 2013

533. BAWANG GORENG DAN PUDING ROTI KARAMEL-iftar 19

BAWANG GORENG MAKCIK MANGGIS AKA KAK SAPINAH AHMAD.
Resepi nya ilah jy telah olah ikut selera ilahjy
Jika berminat sila rujuk ke blog masakan cik manggis
Terima kasih kak nah kongsi resepi ini..maaf ilah telah derhakakan resepi  itu.




Bahan: sukatan ikut ilahjy:

10 ulas Bawang kecil merah di mayang nipis
3 ulas bawang  putih dimayang nipis
Sedikit tepung gandum
Sedikit garam -ilahjy tambah
Sedikit gula-ilahjy tambah


Caranya:

Campurkan ke dua jenis bawang, renjiskan tepung gandum sekadar meliputi 
Bawang2 itu sahaja. Goncang2kan bekas supaya tepung sekata
Panaskan minyak yang banyak separuh kuali, Masukkan bawang2 dengan api yang sederhana Goreng sehingga bawang bertukar warna keperangan. perlahankan api
Renjiskan sedikit garam goreng sekata dan toskan atas kertas tisu.
Renjis sedikit gula dan goncang2kan bekas supaya sekata. tujuan gula di renjis utk mengekalkan keranggupan bawang. Itu cara ilah jy
Tapi dgn hanya menggunakan tepung sudah cukup utk meranggupkan bawang ini.

Setelah bawang sejuk simpan dalam bekas kedap udara.
Minyak mengoreng bawang boleh digunakan utk memasak makanan yg lain enak dan wangi sekali aromanya.

♥♥♥♥♥♥♥♥♥

PUDING ROTI BERTOPING KARAMEL

Utk dibawa ke majlis berbuka di rumah anak2 yatim oleh
3 orang anak dara ilahjy 

Gula dihanguskan curah terus ke atas adunaan puding roti dan kukus sehingga masak. Ilahjy tak guna sos kastard kerana agak lama utk berbuka takut puding kembang jika guna karamel, puding tetap kekal bentuknya dan enak juga cara ini.


Bahannya 

2 buku roti gardenia
5 biji telur
1 senduk nasi marjerin
1 tin susu cair
1/2 tin air
1/4 tin susu pekat
Sedikit garam
3 sudu besar tepung kastard
6 sudu besar gula pasir

6 sudu besar gula untuk buat gula hangus

Caranya:

Koyak 4,  setiap kepingan roti
Campurkan  kesemua bahan pukul sekejap dengan pemutar telur sehingga sebati

Tuangkan adunan ke dalam  bekasa berisi roti kacau sebati
Masukkan ke dalam acuan berlenser marjerin
Tekankan supaya rata

Panaskan 6 sudu besar gula sehingga mencair dan menjadi perang
Tuangkan ke atas  adunan roti 
Kukus sehingga 30 minit sehingga masak
Sejukkan baru dipotong.

3 comments:

  1. dana jarang2 sgt bt bwg goreng kak.... kalu ada pun grg skit je kalu time mamasak sup or soto hehehe (dsr mls kan)

    ReplyDelete
  2. sy sama dgn Dana jarang buat bawang goreng, kalau buat pun sikit2 tapi lepas ni bleh cuba cara Kak Ilah, buat banyak2 sikit simpan stok, hehe..

    puding roti... sedapnyaaaaaaaaaaaa...

    ReplyDelete
  3. JOM SERTAI BERAMAI-RAMAI...

    PERTANDINGAN GUBAHAN KARNIVAL BIOTEK JOHOR
    Tarikh : 07.09.2013
    Masa : 2.00 petang – 4.00 petang
    Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor
    Tema : Bunga Kepala Meja
    Tarikh tutup penyertaan : 23 Ogos 2013

    PERTANDINGAN MASAKAN KARNIVAL BIOTEK JOHOR
    Tarikh : 07.09.2013
    Masa : 11.00 pagi – 1.00 petang
    Lokasi : Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang, Johor
    Tema : Ikan Siakap
    Tarikh tutup penyertaan : 23 Ogos 2013

    Maklumat lanjut sila hubungi :
    SEKRETARIAT KARNIVAL BIOTEK JOHOR 2013
    Tel : 07-5207810 / 8810
    Fax : 07-5207811 / 3822
    Email : event@jbiotech.gov.my
    Web : www.jbiotech.gov.my/kbj

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini