02 December, 2013

550. BINGKA LABU DARA SUNTI

SALAM SEJAHTERA SEMUA PENGUNJUNG2 RSJY

ahad semalam balik ke melaka untuk kerja2 pembersihan ladang di serkam dan kebun semujok jasin. Teruk juga balik sekali sekala semak jangan cerita. Disamping tanam pokok2 buahan yg ilahjy semai sendiri.
Bila pokok labu ni kena baham mata mesin rumput maka kena bawa balik lah utk jadi habuan.. hasil tuaian pertama yang masih dara sunti lagi... hikhik..
Sebab tu tajuk bingka macam tu rupa.. apapun ilahjy nak ucap terima kasih pada yatie memories atas sumbagan resepi bingka labu ini. Amat cantik kejadiannya..
Tak sia2 ilahjy beri gelajaran padanya RATU TALAM... sampai dapat iktiraf semaya.. 



Alkisah pokok2 labu ini kena mesin rumput pada ahad semalam 1 dis 2013. Maka terpaksa bawa balik ke KL dari LADANG SERKAM. Berbaloi juga laa tanam bulan mei lepas. Tak sempat tua dah kena tebasss... kerja2 pembersihan ladang...

Sebenarnya labu yg masih muda dara sunti ni amat lah manis dan wangi rupanya dari labu yg biasa kita beli dikedai pasar dsbnya..
Tak caya mai rasa ..hikhik
Durian belanda yang comel tu dari kebun semujok,  bukan dari ladang serkam...

Bancuhan ditapis kemudian baru dicampur dgn labu lenyek


 RESEPI SUMBANGAN DARI YATIE SINAR KEHIDUPAN KU 

bahan:

2 cawan labu direbus dan ditos airnya dan dilenyek halus

2 cawan tepung gandum
3 biji telur
3 cawan santan sederhana pekat (ilahjy guna 1 kotak santan)
1 cawan gula
2 sudu besar butter
1 sudu teh esen vanilla
1/2  sudu teh garam
Sedikit pewarna kuning
Sedikit bijan untuk taburan

Caranya:

Campur kesemua bahan kacau sebati dan tapis.
Kemudian masukan labu dan kacau sebati
Panaskan oven bersama loyang yg telah disapu marjerin
Setelah loyang panas Tuangkan adunan
Bakar selama 1 jam sehingga masak suhu 200 darjah
Jika suka kerak tebal bakar bahagian atas sahaja
Ilahjy tetap guna suhu yg sama cuma tambah masa sikit lagi
Jenama oven ELBA  amat baik hasil bakarannya.


3 comments:

  1. terima kasih K.Ilah sudi cuba resepi bingka labu ni....tngk je pun dah tau mmng sedap....kalau dekat maunya nak mintak ni..he3..

    ReplyDelete
  2. ingatkan labu muda kelat, rupanya lagi sedap ya Kak Ilah..

    ReplyDelete
  3. Sedapnya bingka labu,baru tahu juga labu muda nie manis lg dr yg matang.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini