Pelbagai masakan bole dibuat dengan che tam ni.. ilahjy beli ketam merah bukan ketam biru. Cuma nak rasa mana yang lebih sedap. Terbukti ketam merah yang murah ni lebih sedap... selalu ilahjy masak sup atau masak lemak dengan nenas.
Tapi kali ni ilahjy cuba kukus pula ketam ini. Untuk mengekalkan kemanisan dan kegebuan isi ketam ini.. kalau digoreng atau direbus pasti isi nya akan kecut.
Terbukti dengan cara kukus isi ketam ni kekal manis dan lembut.
Jom semak resepi ciptaan ilahjy ni.
Bahannya:
6 ekor ketam merah dibersihkan dan potong dua
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Caranya:
Campur kesemua bahan dan perap sebentar
Panaskan kukusan. Kukus selama 10 minit. Ketepikan.
Bahan sambal:
6 tangkai cili kering(ikut pedas )
5 tangkai cili kering yang digoreng garing
1 labu bawang besar
5 ulas bawang putih
1 biji tomato masak
2 sudu besar sos tomato
2 sudu besar sos cili
1 sudu besar sos tiram
Garam
2 batang serai diketuk dan dicarik2
Caranya:
Mesin kesemua bahan sehingga halus
Panaskan minyak, masukan serai sehingga wangi
Masukkan semua bahan mesin.
Masak sampai pecah minyak. Masukan sedikit air dan isi ketam
Masak sampai mendidih seketika sahaja dan terus padam api.
Hias ikut selera.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini