23 January, 2014

566. APAM PISANG BERAS KOKO SARANG SEMUT

Alkisah apam ini yang punyai bahan2 utama yang banyak jenis menyebabkan ilahjy tak tahu nak beri nama apa. Tak kisah lah namanya yang penting sedap dan wangi.  Janji nasi lebihan semalam dan pisang kapas 3 minggu lepas yg dah nazak  dapat dihabiskan serentak. Jom kita lihat resepi yang telah ilahjy tokok tambah adaptasi daripada apam beras menjadi asasnya. Hasilnya pula berongga2 macam sarang semut. Bila dipicit melantun2 semula ke bentuk asal.. adunan ni cair sedikit
Kalau pekat pasti tak de rongga2 ni...




Bahan:

2 cawan nasi sejuk
2 1/2 cawan air
3 biji pisang yang sudah ranum lembek
 1 cawan brown sugar
3/4 cawan gula
1 biji telur
3 sudu teh yis mauripan
3 sudu besar serbuk koko
1 sudu teh esen pisang star brand
3 sudu besar butter dicairkan
2 cawan tepung beras
2 cawan tepung  gandum
1/2 sudu teh garam halus

Mesin nasi bersama air sehingga halus. Masukkan gula2 mesin lagi sehingga halus.
Masukan pisang dan serbuk koko mesin sehingga sebati.
Ayak bahan2 kering ke dalam bekas besar.
Masukkan bahan2 pisang tadi dan butter cair, kacau sehingga betul2 sebati kemudian perap selama 1@2jam sehingga adunan naik. Kacau adunan guna senduk utk membuang gelembu g udara. panaskan kukusan. Sapu acuan dengan minyak kemudian masukan adunan 3/4 acuan. Perap seketika dan kukus selama 20 minit api kuat.

2 comments:

  1. Aslmkm. Insyaallah, bila rajin nanti Along nak cuba. Maceh kongsi.

    ReplyDelete
  2. Wksalam along..
    Silakan..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini