Petang semalam jumaat tetiba perut ni teringin benauuu nak makan kek butter. Tup2 terpandang resepi kek lava, terus buat kek lava yang dpt dlm 20 biji jee.
Terus kan niat nak makan kek butter. Apa lagi bahan2 semua dah ada jalan jeee laaa.
Ini lah hasilnya. Jom layan resepi yang ringkas je ni.
Bahannya:
250 gm @ 1 buku buttercup
200 gm gula halus
4 biji telur gred A
290 gm tepung gandum
2 sudu teh baking powder
2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh pewarna merah jambu
50 gm susu pekat manis
100 gm susu cair
Caranya:
Putar butter dengan gula halus sehingga kembang.
Masukan telur satu persatu sambil diputar sehingga sebati
Masukan susu2 tadi ke dalam adunan telur berselang seli dengan
Tepung yang telah ayak bersama baking powder, kacau sehingga sebati.
Panaskan oven 150 darjah bakar selama 30 minit, tambah masa jika cucuk lidi kek masih basah.
Cara buat belang:
Warnakan 1/4 adunan dengan warna pink... 3/4 biarkan warna asal..
Guna 2 sudu saiz yang berbeza
1. Besar
2. Kecil sedikit
Masukan 4 sudu besar warna kuning, kat tengah2 loyang yang digriskan dan ditabur tepung.. ratakan sehingga menutupi 3/4 loyang jgn penuh.
Masukan 2 sudu kecil warna merah jambu, ratakan
Masukkan 3 sudu besar adunan kuning,
Ulangilah sehingga habis..akhir sekali hentak2 loyang supaya sama rata.
Ambil lidi satay lorekan bentuk S DARI tepi loyang ke tengah loyang sampai memenuhi semua permukaan...
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini