risiko tak jadi ilahjy tak tanggung...
ROTI SELEMBUT KAPAS
1 kilo tepung gandum
1/2 cawan water roux
2 sudu teh bread improve
1 paket mauripan
4 sudu besar gula utk hidupkan yis
1/2 cawan air suam
6 sudu besar gula utk tambahan dlm adunan
1/2 cawan air ais tambah atau kurang ikut adunan
2 biji telur
1 sudu teh garam
4 sudu besar susu tepung
4 sudu besar susu pekat manis
4 sudu besar marjerin
Bancuh gula dan yis dgn air suam sehingga hancur perap seketika.
Masukan kesemua cecair ke dlm BM. On bm no 8.
Ayak tepung bersama bread improve dan garam.
Tuangkan tepung ke dlm bancuhan yg sedang bergerak tadi.
Setelah sebati baru masukkan marjerin
Terus mengadun sehingga sebati... adunan kena lembut daripada donut.. 2 kali lembut..dr donut... memang melekit di tangan. Ulang on BM sebanyak 3x
14 minit x 3. Tak perlu elastik mcm roti2 yg lain..
Bahagi doh kepada 2 warnakan dan on BM sekali lagi utnuk setiap adunan selama 14 minit.
Sapu besen dgn minyak masak masukan adunan perap naik 2x ganda
Adunan mmg berminyak ini memudahkan kerja membulatkan adunan.. langsung tak melekat ditangan.
Sapu loyang dgn marjerin dan atur adunan molek2 perap naik 2x ganda
Sapu doh dgn susu cair.
Bakar 160 darjah selama 25minit atau sehingga masak ikut kemahuan kita nk garing atau tidak.
Selepas angkat sapu dgn marjerin supaya berkilat
nampak lembutttt sangat kak.. wahhh geramnyaaa.mmg mcm kapas
ReplyDeleteWah! gebu gebas... yummy!! angkut resipi yer...
ReplyDeleteSama la dgn kakpb, bertahun buat roti tanpa guru.....mcm tak puas hati je.
ReplyDeleteDisebabkan katanya gebas gebus, naklah simpan resipi ni. Tq ye.