25 February, 2014

571. BROWNIES CHEESE KUKUS

Inilah hasil air tangan anak bongsu yg berusia 16thn. Nur liyana yg aku lahirkan di kangar perlis. 3 org kakaknya semua di melaka.
Resepi ni hasil perkongsian di fb. Anna nampak mama screenshot dan simpan, terus anna buat kek ni dgn jayanya. Dibawa ke tuisyen ptg ahad 22 feb 2014 lps.
Jom kita lihat resepinya. Terima kasih pada tuan punya resepi.


Bahan:

2 biji telur
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan gula halus
100 ml minyak masak

Caranya:

Blend sehingga sebati 
Masukkan bahan2 yang diayak bersama blend lagi sehingga sebati
Sapu loyang dgn marjerin dan alas dgn kertas minyak dan sapu lagi sekali dgn marjerin. Masukkan adunan dan kukus selama 25 minit sehingga masak. Tinggalkan sedikit utk hiasan diatas cheese nanti

Tuangkan adunan cheese dan kukus lagi selama 20 minit sehingga masak. Uji dgn  lidi  bila dicucuk lidi bersih.
Untuk hiasan buat tompok2 dari adunan kek dan lorek dgn lidi.

Bahan2 diayak bersama:

1/3  cawan serbuk koko
1/2 cawan tepung gandum
1/2 sudu teh baking powder
1/4 soda baikabonat

Bahan untuk cheese:

250 gm cheese
2 biji telur
70 gm gula halus
Sedikit esen vanilla

Caranya:

Putar cheese sehingga kembang masukkan telur dan gula terus diputar sehingga sebati. Tuangkan ke atas adunan kek.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini