14 March, 2014

579. KERABU KERANG TAUGEH BERSANTAN

Pestime seumo hidup sejak berkahwin 26thn.. ilahjy mencuba membuat kerabu tinggalan nenek ku tersayang.. nasib tak berapa baik tak sempat belajar kerabu dr nenek. Hari ini ilahjy cuba utk mengabungkan kesemua bahan ikut tekak sendiri...alhamdulillah menjadi dan kena dgn tekak ni..


Bahan2nya:

2 cawan Kerang rebus
2 cawan taugeh segar
1/2 cawan kelapa parut di goreng keperangan
1/4 cawan kelapa putih di blend dgn 1/4 cawan air
Hirisan daun kunyit
Bawang besar mayang
Cili padi, cili merah, cili hijau  kesemua dimayang halus
Garam dan gula 
Jus limau nipis secukup masam

 Bahan di blend halus:

3 btg serai dimayang
1 keping halia
1 keping lengkuas

 Sambal belacan 

Kalau guna cili hijau akan jadi mcm diatas
Jika guna cili merah kerabu jadi merah la.

Caranya :

 Gaulkan kesemua bahan2 satu persatu supaya mesra serata 
Rasa masam masin manisnya.

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini