14 March, 2014

578. NASI PELANGI KURMA

Nasi ni direka sendiri berpandukan citarasa sendiri yg suka rasa kurma. Guna beras basmathi faiza. Kurang panjang nya berbanding jenama lagi satu. Cuma beza beras faiza putih bersih berbanding yg pjng tu agak kusam.
Apa pun jom layan resepi sebelum ilahjy terlupa. Ilahjh lawan kan dgn kerabu kerabu berapi.. udang masak kari..dan ayam masak lemak



Resepi nasi pelangi kurma ilahjy:

3 pot beras basmathi faiza basuh dan rendam seketika

A
Bawang besar mayang
Bawang putih mayang
Halia mayang
3 kuntum bunga lawang
1 btg kulit kayu manis
2 biji buah pelaga
Sedikit jintan manis

B
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah sup

C
3 biji cili hijau
Sedikit susu cair lbh kurang 1/4 cawan
Air sukatan melepasi beras dlm 1/2 inci
Garam
Pewarna merah, hijau, kuning dan oren

D
Sedikit minyak dan marjerin untuk menumis

Caranya:

Panaskan minyak dan marjerin tumiskan bahan2 A sehingga wangi dan perang.
Masukan 1/4 cawan air kemudian rempah2 kacau sehingga pecah minyak
Masuk air dan beras, sukatan air melepasi 1/2 inci beras. Sedikit perahan jus lemon. Setelah kering masukan susu dan cili hijau ,kacau sekata dan biarkan seketika
Tuangkan secara memanjang warna2 yg kita suka
Setelah betul2 sedia untuk dihidangkan baru digaul kesemua nasi tersebut
Rasa kesemua dan sedia utk dihidangkan.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini