07 April, 2014

595. ROTI DAN DONUT DARI SATU ADUNAN

Terima kasih kepada rakan fb ku kerana mengongsikan resepi terbaik donut yang ku jadikan roti dan amat sesuai dengan selera ku...
Sebelum ni ilahjy buat roti campak2 kali ni dah betul2 berjumpa dengan resepi yang sesuai  untuk donut dan roti sekali gus.
Mohon dihalalkan resepi ini.










Bahan2nya:

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.


Butterscoth sos:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan butter ilahjy guna marjerin
1/4 cawan gula
1/4 tepung jagung

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat.
Ilahjy sejukan dan simpan selama 20 minit dalam peti sejuk untuk memekatkan lagi sos

SOS COKLAT LELEH CARA ILAHJY:

4 SUDU BESAR SERBUK KOKO 
2 SUDU BESAR MILO
4 SUDU BESAR GULA
1/2 BAR COKLAT MASAKAN
2 SUDU BESAR MARJERIN
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
Susu cair 1/2 cawan anggaran boleh mencairkan bahan
Sedikit garam

Kacau sembati kesemua bahan panaskan dengan api yg paling kecil
Kacau tanpa henti sehingga mendidih dan pekat
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Sedia untuk digunakan.











2 comments:

  1. salam puan. mohon berkongsi resepi ini. saya ingin mencuba resepi roti untuk hidangan keluarga.

    ReplyDelete
  2. Assalam kak ilay.
    .wah baru boleh masuk
    tak ada pagar kunci segala..
    welcome back kak..upah roti sebantal.
    baguslah juga kak ilah dah letak watermark terpampang tengah2 gambar tu..kalau orang curi juga memang tak tahu nak cakap apa..:)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini