Ramai kawan2 blogger ilahjy telah memasak rendang pucuk ubi. Baru kali ini dapat ilahjy merasa membuatnya... memang sedap..tapi lain kali nak cuba buat daunnya masih lembab dan tidak kering agak susah nak makan sekering ini.. apa pun terpulang pada selera masing2 ya.
Bahan2nya: ilham sendiri
Seikat pucuk ubi kayu di celur toskan
Cili kering secukupnya
Bawang besar
Bawang putih
Serai
Lengkuas
Halia
1 sudu serbuk sup
Santan pekat
Garam dan gula
Caranya:
Blend kesemua bahan cili,bawang2, serai, halia, lengkuas sehingga halus. Tumis sehingga pecah minyak. Masukan pucuk ubi dan santan pekat, garam ,gula. Masak sehingga sedikit kering .
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini