12 April, 2014

602. ROTI KOKO. PERTUKARAN BAHAN UTAMA.

Sengaja ilahjy nak menguji adunan  roti yang halus mulusss tempoh hari dengan menukar  bahan utama iaitu tepung roti diganti dengan tepung gandum.
Kejadiannya agak kurang memuas hati. Tapi bolelah tahan lembutnya.
Apapun yang terbaik resepi asal. Mungkin pada pengolahan bahan utama ini, penggunaan air kena lebih kan sedikit sebab penambaahan serbuk koko mungkin menyebabkan agak tidak mulus...











Bahan yang ditambah:

2 sudu besar jus oren sunkist
4 sudu besar serbuk koko
2 sudu besar nescafe


Bahan2nya:

400 gm tepung roti ganti tepung gandum
150 gm tepung gandum ganti tepung roti
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm bread improver
10 gm garam
20 gm susu tepung
1 biji telur
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Disebabkan resepi ini tidak disertakan bersama bahan maka ilahjy buat ikut cara sendiri.

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh 50gm kerana adunan ini genap 1000gm=1kg.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.


Butterscoth sos:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan air
1/2 cawan butter ilahjy guna marjerin
1/4 cawan gula
1/4 tepung jagung

Campur kesemua bahan panaskan sehingga pekat.
Ilahjy sejukan dan simpan selama 20 minit dalam peti sejuk untuk memekatkan lagi sos

SOS COKLAT LELEH CARA ILAHJY:

4 SUDU BESAR SERBUK KOKO 
2 SUDU BESAR MILO
4 SUDU BESAR GULA
1/2 BAR COKLAT MASAKAN
2 SUDU BESAR MARJERIN
2 SUDU BESAR TEPUNG JAGUNG
Susu cair 1/2 cawan anggaran boleh mencairkan bahan
Sedikit garam

Kacau sembati kesemua bahan panaskan dengan api yg paling kecil
Kacau tanpa henti sehingga mendidih dan pekat
Sejukkan dan masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit. Sedia untuk digunakan.


********

Butterscoth cara 2:

1/2 cawan gula perang
1/2 cawan whipping cream @susu cair
Secubit garam
25 gm butter
1/2sudu teh esen vanilla

Caranya:

Panaskan susu, masuk gula kacau sehingga cair sehingga cair
Masukan garam dan esen juga butter kacau selalu sehingga semua sebati.
Sedia untuk digunakan.


*******
Butterscoth cara 3:

1 tin @400 gm susu pekat
200 gm whipping cream @susu cair
30  Gm Butter


Caranya:

Panaskan susu sehingga perang tanpa henti dlm 10 mt
Masukan whipping cream dan mentega kacau sampai pekat sedia untuk digunakan.

3 comments:

  1. Assalamualaikum wbh, secara kasar dah nampak gebu roti tu kak ilah..nak share petua dari yg saya belajar...klu kita nak tambah serbuk coklat, jika guna 40gm kita harus tolak kuantiti tepung 40gm jg..cubalah..

    ReplyDelete
  2. Waalaikum salam azian.. tu laa mulanya duk ingat juga nk buang tepung gandum .. tp tak buat pun.tq share .. nnti kita buat lagi..hehe

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini