11 April, 2014

601. RENDANG DAGING

Sebenarnya rendang daging ini dimasak pada hari yang sama dengan serunding ikan. Kerajenan tahap gaban hikhik.. sebab tu boleh dikatakan macam sambutan raya pula. Menu raya bole je dijadikan juadah harian janji rajen dan malas nak masak lauk pauk harian tuuu yg banyak nak dilayan.. jom layan resepi  citarasa sendiri...  kena pula beras wangi..memang sedap laaaa







Bahan rendang cara ilahjy:

Daging di potong ikut selera

Cili kering secukup pedas
5 batang serai
1 inci halia
1 inci lengkuas
1 inci kunyit hidup
1 labu bawang besar
6,7 ulas bawang putih
2 sudu besar jintan manis
1 sudu besar jintan putih
Garam, gula,  asam keping
Santan pekat secukupnya
Daun limau  purut

Caranya:

Kisar semua bahan sehingga halus, perap dengan daging 1,2 jam
Tumis sehingga  pecah minyak. Masuk asam garam gula daun limau purut dan santan. Masak sehingga empuk.


1 comment:

  1. Salam ukhuwah JY,

    Meleleh air liur akak tengok rendang macam tu... akak suka rendang yg macam berkuah dari yg kering tu... makan pulak dengan nasi empit.. memang macam hari raya :)

    Akak follow #705 jemputlah ke blog kecik akak ye :)

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini