16 April, 2014

610. SPHAGHETI CENDAWAN TIRAM SEGAR

Halal lagi suci sedap bersaji....
Semua tak mustahil. Makanan omputeh ni boleh sahaja kita pelbagaikan
Ini sarapan kami anak beranak. Resepi yang lama tentu tak sama dengan yg ini
Semua bergantung kepada mood dan bahan yang ada di dapur.



Bahan2 kuah:
Resepi ciptaan ilah jy


5 ulas bawang putih tumbuk halus
1sudu besar lada hitam tumbuk halus
1 kiub ayam
Minyak dan marjerin untuk menumis
2 sudu besar tepung gandum

2 batang Sosej ayam 
2 keping kepingan ayam
5 keping cendawan disiat
1 biji tomato segar dadukan
1 biji bawang kuning holand dadukan


Sphagheti secukupnya

Caranya:


Tumiskan bawang putih dengan lada hitam sehingga kuning dan wangi
Masukan kiub ayam kacau rata
Masukan  tepung gandum kacau rata
 Masukan air secukupnya
Masukan kesemua bahan2 yang tinggal.
Masak sehingga mendidih kacau sehingga tepung tidak berketul 
Kalau nak pedas buat jeruk cili...

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini