Satu hari..ilahjy pergi ke giant setiawangsa tempat shopping2 yg paling pantas nak cepat balik.. kalu pergi eonbig alamat melekat 1,2 jam. Sambar2 je barang yang nak beli.. tetiba terpandang si gedabak bersaiz giant ni.. terus beli. Teringin nak bakar macam rakan2 dialam maya buat.tapi resepi tak tahu yang mana satu.
Seminggu berlalu ubi ini masih belum di laksanakan projek mega itu.
Mega sebab bukan senang nak membakar selama berjam2 untuk memasakan dalaman kentang itu perlukaan kesabaran.. resepi pun di cari cari cari berbeza-beza semua yang ada 1 pun tak berapa berkenan dihati. Akhirnya cipta resepi beraSaskan citarasa sendiri berpandukan juga cara memasaknya saja.
Jom kita tengok apakah bahan2nya..jika tak de masa jangan buat yee..hehee
Cuba lihat saiz kecil yang biasa kita guna bezakan dengan sigedabak ni hehe
Kentang dibersihkan dan dicucuk2 dengan garfu sekelilingnya
Sapu garam dan butter/marjerin/minyak masak
Bakar selama 1 jam atau sehingga dicucuk dengan garfu mudah tembus itu tanda dah masak. Suhu 200 darjah.
Keluarkan sejukan seketika sebelum dibelah dua sebegini rupa. Sila guna pisau seramik atau pisau paling tajam
Korek dengam sudu bahagian tengahnya membentuk kawah
Simpan isi kentang untuk dibuat intinya
Alas bawah kentang dengan aluminium foil supaya bentuk kentang kekal cantik ketika proses membakar
Sementara kentang tadi dlm pembakaran
Mari kita sediakan inti daging yang paling mudah ini.
Daging segar 1/2 cawan diblend bersama bawang besar dan bawang putih juga 1 sudu besar rempah sup bersama sedikit air sehingga hancur halus.
Tumiskan sehingga wangi dan masak sehingga kering sedikit airnya rasa garamnya.
Masukan daging tadi dalam bekas dan ambil isi kentang yang dikorek tadi lenyek2 sehingga halus dan sebatikan dengan daging tadi.
Padatkan inti ke dalam lubang kentang tadi.
Potong tomato kecil bulat2 atur atas daging tadi bersama hirisan daun bawang atau leek.
renjiskan serbuk aregano, lada hitam, lada putih
Parut cheese ke atasnya. Ulangi renjisan bahan2 tadi lagi sekali.
Kemudian bakar suhu 200 darjah sehingga cheese bertukar warna perang
Ini menandakan kentang ini siap untuk dihidangakan
Makan dengan sos yang dibuat sendiri lagi sedap.
Nmpk mcm yummy.... sedapnyee
ReplyDeletedari hari tu berkenan tengok kentang Kak Ilah, heheheh
ReplyDeletesaya pun sama.. berkenan sgt tgk benda ni.. kentang2 ni mmg mudah benor terliur...
ReplyDelete