Salam sejahtera...
Resepi cakoi ini adalah dari hasil ciptaan sendiri..
Diharap akan menepati citarasa yang akan mencubanya.
Tak banyak kerenah kalu terlebih lembut atau sedikit keras, masuk dalam kuali goreng insyllah menjadi juga. Cum isi padu cakoi agak berbeza lah... ad yg berongga2 ada yang padat mcm donut. Jadi buat cakoi ni ikut selra kita adunan mana yg lebih kita sukai.. ilahjy suka yang berongga, ranggup diluar dan lembut di dalam. Yaaa inilah adunannya.... kalau buat tk menjadi kena lah cuba laa yee.. entah lah setiap kali tangan ini mengadun ikut geraak hati dan niat ..pasti menjadi... bukan cakap riak. Tapi semua bergantung pada niat di awal hendak masuk ke dapur..
Hikhikkhikkkk nawaitu mau ada ..amboihhhh macam la dia sorang je ada nawaitu..
Resepi hari pertama sila lihat perbezaan bahan yang ilahjy gunakan
Resepi kali ke2 pertukaran beberapa bahan. Tak menjadi masalah cantik juga hasilnya.
Resepi yg bawah ni.. ilahjy buat hari ke2...
Ilahjy tambah:
2 sudu besar buttermilk ( susu campur cuka perap)
2 sudu besar marjerin gantikan minyak masak
Bancuhan memang lembek macam ni
Buat kali ke 2 baru teringat naka amek gambar2 ini
Masukan marjerin teruskan menguli secara menepuk2 adunan.
Sehingga menjadi licin mcm dibawah baru diperap naik 2 kali ganda
Lepas naik 2 kali ganda kasi tumbuk dan uli sebentar sahaja
Semasa uli jika adunan terlalu melekit sila tambah marjerin sikit2 yeee nanti ia akan menjadi macam ni. Lepas tu baru perap sehingga naik seperti di atas 2 kali ganda
CAKOI GAYA JY:
2 cawan tepung gandum
1 sudu besar tepung beras
1 sudu besar cuka makan
1 biji telur
2 sudu besar gula
1 sudu besar yis
1 sudu besar susu tepung
1 sudu teh baking powder
1/4 cawan air ais lembut dari donut adunannya, tambah air jika tak cukup lembut
2 sudu besar minyak masak
Ayak bahan2 kering, buat lubang tengah2 masukan kesemua bahan gaul sebati dan uli sekejap, baru masuk minyak. Uli sehingga tak melekat ditangan adunan mesti lembut sedikit dari donut. Ilahjy menepuk nepuk adunan sebab lembut sangat.... Setiap kali nak gelek adunan kena byk guna tepung.
Perap doh 2 x naik baru buang angin dan uli seketika dan gelek nipis dan potong ikut panjang yg sesuai. Guna copstik celup air, sapu atas adunan dan kembarkan 2 keping menjadi satu... dengan cara menekan sedikit di tengah dan hujung2 adunan tarik terus masuk dalam minyak panas....Dan goreng sehingga kuning. Makan dgn sos pedas atau manis suka hati

No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini