30 April, 2014

624. NASI OREN BEREMPAH



Nasi oren berempah jy:

4 pot beras wangi lagi cun basmathi basuh dan rendam seketika

Kulit kayu manis
Bunga lawang
Buah pelaga
Bawang kecil mayang
Bawang putih mayang
Halia mayang

1 sudu besar rempah kurma
1/2 sudu besar rempah sup

1 biji buah oren parut kulit dan ambil jusnya
Sedikit susu cair
Daun pandan
Garam


Caranya:

Panaskan minyak dan planta, Tumiskan bahan2 diatas sehingga wangi, 
Masukan air dan beras secukupnya. Ikut beras masing2.
Bila mendidih masukan daun pandan, garam, jus oren,  dan kulitnya.
Bila nasi kering baru masukan susu cair gaul sebati 
Titiskan pewarna ikut selera
Bila nadi dah cukup masak varu dia kacau supaya warna bergaul rata.



Ayam kurma bersambal

Bahannya:

Ayam secukupnya panaskan buang airnya.

Cili kering ikut pedas
2 sudu besar rempah kurma
1 sudu besar rempah sup
1 keping Halia
1 keping Lengkuas
Bawang besar
Bawang putih
1 ketul kunyit hidup
3 btg serai

Caranya:

Bahan2 dimesin sehingga halus
Tumis hingga naik minyak
Masukan ayam dan air, asam keping garam
Masak sehingga sedikit kering.



Acar rampai

Timun dan karot di potong panjang
Bawang besar baji
Bawang putih belah dua
Biji sawi
Serbuk kari sedikit
Serbuk kunyit sedikit

Sos cili, sos titam, kicap

Caranya:

Tumiskan bahan2 sehingga pecah minyak,masuk sedikit air, karot dan timun
Masak sehingga empuk.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini