01 May, 2014

625. ROTI LEBAH PINKY DAN BUN BIJAN ALMOND


Hasil olahan ujikaji akhirnya ilahjy temui pilihan hati yang terbaik buat diri ini.
Jangan hanya mengeluh itu tak boleh ini tak jadi.
Bila ada kemahuan nak metoti kenalah juga ada kemahuan mencuba tanpa putus asa. Setiap manusia ada kebolehan masing2, apatah  lagi citarasa juga berbeza2.
Jom layan ilham rasa ilahjy kali ini...













Bahan2nya: resepi diolah terbaik buat ilahjy pada 28hb april 2014 akan diguna pakai sampai bila2..

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
11 gm yis kering
 water roux 2 sudu besar
10 gm garam
20 gm susu tepung
2 biji telur
240 gm air ais 
 60 gm Marjerin

Bahan semburan isi dalam botol spry:

Susu cair, sedikit air, pewarna pink, minyak masak, esen pisang,

Caranya:

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru masukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara. Uli seketika.
Bentukan doh sebesar bola ping pong. Guna minyak semasa membentuk doh kerana ia melekit.
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Taburkan biji kuaci, badam dan keju parut ke atasnya.
 bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit.
Saat membakar sila tunggu jangan dibiarkan roti keseorangan nanti tercelaaa pembakarannya... baru lah hasil memuaskan.

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.  Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti. Uji kaji 28hb ilahjy guna minyak masak selepas sapuan marjerin tadi. Memang cantik habis... itu rahasia ilahjy utk kalian.. sapa2 yg rajen membaca jumpa la petua2 ni..

Nota pinky topping roti:

Sedikit campuran susu cair, pewarna pink, esen pisang, air, minyak masak

Spry 2,3 kali sebelum masak

2 rupa pembakaran yang berbeza. Yang pink dibakar tanpa garing kulit luar dan bawah, untuk jaluran isi roti kelembutan yg menawan hati ku.

Yang satu lagi dibakar agak lama sedikit untuk dapatkan kerak yg sederhana lembut membentuk jaluran isi roti yang sedikit kukuh

1 comment:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini