02 May, 2014

626. KEK MINYAK

Sudah berzaman rakan blogger dan rakan di fb menerai merasai menikmati kek minyak ini. Patutlah ramai terikut rupanya sedap, harum serumah dan gebusss mengangjal2 bila di picit kepingan kek ini. Rugilah sesiapa yg tak menerai selepas pomotan yang ilahjy cuba war2 kan ini. Hekhekkkk...
Sebenarnya resepi ini ilahjy screenshot kat galaxy tab ni, sudah lama sangat..sejak mashitah mas tayangkan kek minyak belangannya yg menawan itu. Sejak itu, baru hari ini ilahjy pula baru nak mencuba.. alhamdulillah sedikit tambahan perasa membuat hati ini melekat pada kek ni. Lain  kali buat kek ni jee senang tak yah guna planta, marjerin dan butter berbagai2 lagi.
Terima kasih mashitah mas atas sumbangan resepi di blog mu dek.





Bahan2nya:

5 biji telur saiz A ilah jy guna saiz B jadi 6 biji
1/2 cawan gula halus
1 sudu besar ovellette
2  cawan tepung gandum di ayak dengan 
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh esen  vanilla
2 sudu besar  jus buah2an campuran sunquick
1 cawan minyak masak
1 cawan susu pekat manis

Caranya:

Putar telur, gula dan ovellette sehingga gebu.
Masukkan susu pekat putar lagi sehingga sebati.
Masukkan minyak masak dan esen vanilla dan juga sirap buah2an putar lagi sehingga sebati.
Masukkan tepung gaul dengan senduk secara membalik2kan adunan sehingga sebati. Bahagikan kepada  warna2 kesukaan. Dan belang2kan adunan.
Panaskan oven 170 darjah. Bakar selama 1 jam.
Keluarkan da terbalik atas redai sehingga sejuk baru potong.


No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini