07 May, 2014

631. KARIPAP PUSING KENTANG IKAN BILIS DAN SARDIN

Karipap ini ranggup,berderai,lembut dan cair dalam mulut 
Resepi sudah pasti sendiri punya, satu demi satu ujikaji sejak 1999 lagi. Kalau kalian hendak lihat resepi yg lama sila cari label kuih. Apapun ilah akan betikan juga resepi anggarannya bersama sedikit petua.



 

Bahan2nya: ada 2 adunan dalam dan luar
Sila pastikan bahan luar melebihi sekali ganda drpd bahan dalam.
Kerana yg luar perlu membendung yang dalam dan menghasikan lapisan lingkaran yg sedikit lebar daripada kebiasaan org lain buat.

Perhatian karipap pusing ilahjy suka lapisan nya melekap antara satu sama lain. Yakni tidak terbuka @terngangga bila digoreng. Bagi ilahjy ia agak kemas drpd yg terbuka dan nmpk isinya. Maaflah kpd yg berbeza pendapat. Itu hak masing2 kan. Jika suka sila ikut, jika tidak ignore..

Terlebih dulu mohon maaf jika sukatan ini main agak2 je semoga jadi panduan pd kalian. Kita kena rajin mencubai setiap kuih yg kita minat tanpa runggutan dan serba tak kena. Niat mau ada...

Okies mari kita lihat panduan2nya:

BAHAN ADUNAN DALAM, SEPARUH DARIPADA BAHAN LUARNYA:

1 cawan tepung gandum
1/2 cawan marjerin setakat boleh mengepalkan adunan menjadi ketulan
1/4 cawan air ais setakat boleh membantu mengepalkan adunan disamping marjerin tadi, dulu ilahjy guna 2 sudu je sekarang lebih sedikit untuk meranggup kulit karipap ranggup tapi lembut dan melekap lapisannya tanpa terbuka.

Caranya ramas marjerin dgn tepung sehingga basah. Jika tidak basah tambah lagi marjerin. Kemudian masukan air, sedikit2 sehingga  boleh di kepal2kan membentuk doh bulat.

Ilahjy buat doh dalam ini sebesar ping pong
Nanti doh luar sebesar bola golf itulah lebih kurangnya.

Saiz ini mendapat 5,6 keping kulit karipap. Jika doh itu besar maka 7,8 keping boleh dapat.. terpulang pada saiz kulit yg kalian suka. Ilahjy suka saiz karipap 2x gigit dah habis. Maksudnya saiz s.

Bila doh dah siap bulat2kan baru sediakan doh luar. Masa ni kita dah boleh agak berapa byk tepung utk adunan luar.


Bahan luar:

2 cawan tepung gandum
Garam secukup rasa
Minyak masak dan Marjerin sama banyak lebih kurang 1/2 cawan campuran bila dah cair.
Air ais secukup lembut untuk mengulinya

Caranya:

Panaskan kedua2 bahan dgn garam dalam periuk sehingga cair
Lubangkan tepung gandum, masukan adunan panas tadi kacau dengan senduk sehingga sebati. Kemudian masukan air terus diadun dan uli sehingga sebati.
Bentukan ketulan besar daripada adunan dalam. KETULAN DALAM MESTI SAMA BANYAK DENGAN KETULAN LUAR ...contoh 10 lawan 10.

CARA CANTUM BAHAN LUAR DAN DALAM:

1.Leperkan doh luar. Masukan doh dalam
2. Gelek sehingga leper dan sederhana nipis
3. Gulung doh, kemudian leperkan lagi sekali senipis macam mula2 tadi.
4. Gulung untuk kali ke2 dan akhir
5. Potong ikut ketebalan yg kita suka
6. Leperkan macam tadi dan masukan inti.

Semasa menggulung adunan sila ketatkan adunan dgn cara menguling2kan adunan berulang2 kali samada nak panjangkan nya atau tidak. Lepas tu hentakkan hujung2 adunan supaya sama.


Harap membantu kalian. Mohon maaf sebab sukatan main agak2 jeee...


3 comments:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini