06 May, 2014

630. IKAN SARDIN SAIZ XL SAMBAL BELACAN GORENG

Ilahjy beli ikan sardin saiz xl ni di nsk sri rampai. Dek kerana teruja dengan saiz yang gedabak... dapat lagi ilham masakan ni. Selalu ikan sardin saiz kecil ilahjy  makan dengan sambal belacan memang sedap. Tapi untuk kesekian kalinya ilahjy cuba mengoreng sambal belacan. Kita sediakan sambal belacan seperti biasa lepas tu kita panaskan minyak dan tumis sehingga garing dan simbah ke atas ikan yg siap sedia digoreng dgn tepung.



Bahan2nya:

1 ekor ikan sardin saiz xl
Garam kunyit dan sedikit tepung gandum

Gaulkan kesemua bahan serata mungkin dan tambah sedikit air untuk menyalutkan ikan sekata mungkin. Goreng sehingga garing. Kemudian simbahkan sambal belacan goreng.

Bahan sambal belacan:

5 bili cili merah
4,5 biji cili padi
2 ketul belacan
1 biji tomato
Garam gula  secukupnya

4,5 biji hirisan buah belimbing buluh

Caranya:

Mesin sehingga hancur dan tumiskan sehingga pecah minyak beri sedikit air masak sehingga mendidih dan simbah ke atas ikan tadi.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini