18 May, 2014

638. MANGGO CASABLANCA

Zaman sekarang kalau giler bukan di tanjung rambutan atau hospital bahagia
Tapi giler pada keadaan. Hahaaa. Umpama MANGGO CASABLANCA ni. Memang sedap giler makan desert ni, sampai tak terkata sibongsu ku 16tahun tu... sedap giler hahaaaa.. rugi lah sapa2 yang tak ada hati nak mencuba membuatnya. Bukan kena masak pun. Hanya putar2 lapis2 dan bekukan..
Pertama tamanya ingin ilahjy rakamkan penghargaan buat cik gu salami simon rakan blog masak yg tersohor dialam maya ini. Selamat hari guru buat amie.
Kerana resepi manggo casablanca ini adalah hasil ciptaan amie bersama rakan gurunya, kajian demi kajian untuk hasilkan juadah yang memang sedap giler ni.
Tanpa usaha amie dan rakannya siapalah ilahjy untuk menikmati juadah istimewa ini. Kalau berdekatan rumah boleh laa oder dan rasa. Ini terpisah dek laut cina selatan... amie mengajar di lahad datu sabah..
Terima kasih ye amie. Kak abadikan resepi di blog kak yee. Disebabkan bahan2 tak de seperti mana amie buat, kak ilah cuba gantikan apa yg patut. 
Jika pengunjung2 blog nak mencuba sila ke blog amie yee. Dapatkan resepi ori amie.






Bahan2nya: olahan ilahjy sebab bahan tak de.

27 keping biskut 4 segi
1 buku cream cheese tatura 250 gm
1 kotak kecil 200ml whipping cream
300 ml susu pekat manis- ikut manis
1/4 cawan susu cair

2 biji buah mangga saiz L
Potong Nipis2 isi mangga untuk melapis
Dadukan untuk bahagian atas

Caranya: 3 lapisan biskut 4 lapisan cheese

Putar cream cheese sehingga kembang
Masukan whipping cream dan susus pekat,  putar sehingga sebati
Kemudian masukan susu cair putar lagi sehingga betul2 sebati
Ingatan semasa memutar hati2 guna kelajuan rendah dahulu kerana cecair akan terpercik. Lepas sebati baru guna kelajuan tinggi.

Guna loyang 4 segi
Masukan 3 senduk besar adunan cheese atas dasar loyang, sapu rata2
Susunkan 9 keping biskut. Tuangkan 3 senduk besar adunan cheese dan susun hirisan mangga.
SEBENARNYA ILAHJY DADUKAN KESEMUA MANGGA UNTUK SEMUA LSPISAN. KEPUTUSAN AMAT MENGECEWAKAN SEBAB SUSAH NAK POTONG. JADI IKUT PETUA AMIE. NIPIS2KAN ISI MANGGA.
Seterusnya lapisan ke2. Susun 9 keping lagi biskut dan tuangkan 3 senduk besar adunan cheese. Susun hirisan mangga.
Akhir sekali susunkan 9 keping biskut  yang terakhir. Tuangkan 3 senduk adunan cheese dan kesemua baki nya dan taburkan mangga yang DIDADUKAN diatas lapisan atas yang terakhir.
Sejukan 4 jam dalam peti sejuk. Untuk makluman hasil yang ilahjy buat ini  tidak membeku seperti amie buat. Sebab penggunaan susu cair(amie tak guna susu cair)
Hasilnya memang macam kek cheese leleh heheeee sedappppppp.... 
Terpulang mana satu kalian suka.
YANG PENTING KITA ENJOY BILA MEMAKANNYA.


Ini resepi hasil ciptaan amie



1 comment:

  1. Kak Ilah,
    tiap kali saya hidangkan resepi ini memang tak pernah ada yang tolak, minta tambah adalaaaa.... time ada keraian atau majlis makan2 cuba hidangkan he hehe tapi kena buat lebih laa

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini