Bahannya: resepi ilahjy buat anggaran asalnya campak2 je
3 cawan tepung atta
1/2 cawan tepung gandum
Air suam, suam2 kuku secukupnya
Garam
Sedikit Marjerin anggaran 3 sudu
Caranya:
Ayak kesemua tepung, masuk garam, masukan air sedikit2, kacau dengan senduk kayu Setelah sebati uli dengan tangan. Biar adunan lembut dan sedikit melekit.
Sapu marjerin dan terus uli sehingga sebati.
Bulat2kan dan gelek dalam tepung gandum kemudian canai sederhana nipis. Kalu nipis sangat puri akan ranggup.. jika tebal sangat tak sedap. Biar sederhana baru puri lembut.
Goreng dalam minyak panas, masuk je dalam minyak terus ketuk2 manja hujung puri supaya ia kembooongggg.. setelah kekuningan toskan.. makan dengan kari sardin sedappppp.
RESEPI KARI SARDIN
1 tin besar sardin
1/2 kotak santan
1 biji bawang besar mayang
5 ulas bawang putih mayang
Cili merah dan cili hijau potong bulat
3 susu besar rempah kari ikan
Caranya:
Panaskan minyak tumiskan bawang2 sehingga wangi
Masukan sedikit air dan serbuk kari
Bila dah pecah minyak masukkan santan dan ikan sardin bersama sedikit air
Setelah mendidih dan rasa garamnya baru masuk cilii2.
Setelah masak sebati padam api sedia untuk dimakan dengan puri capati..
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini