30 May, 2014

645. ROTI 4 JENIS DARI SATU ADUNAN

 Ekperimen lagi... kali ini ilahjy abaikan serbuk baking powder dan kurangkan sebiji telur berbanding resepi yg terbaik ilahjy olah. keputusannya memang kurang memuaskan hati..walaupun roti tetap lembut cuma sedikit berat.
Keputusan hati kena tetap pada  resepi yang satu juga. Walaupun macam tu ilahjy masukkan juga resepi ini. Mana tau kalian tak cukup bahan boleh aje buat roti.,yang lembut. Cuma tidak seperti kapas..
Jom lihat 4 jenis roti ini. Yang paling sedap bun piza mini.






Bahan2nya: tiada penggunaan perangsang roti

400 gm tepung roti
150 gm tepung gandum
75 gm gula halus
18 gm yis kering
10 gm garam
3 sudu besar  susu pekat
1 biji telur 
240 gm air ais
 60 gm Marjerin

Caranya:

Ayak kesemua bahan2 kering bersama garam.
Masukan telur, air ais, gula, ke dalam BM
Kemudian masukan bahan2 ayak tadi 
On bm uli sehingga sebati baru nasukkan marjerin
Uli lagi sehingga licin.
Perap doh naik 2 kali ganda. Setelah itu tumbuk buang udara.
Bentukan doh mengikut bentuk yg dikehendaki
Perap naik sekali lagi, sembur air atas adunan. Hiasi atas roti mengikut selera masing2 .  bakar dalam oven 160 darjah selama 25 minit

Nota:
Panaskan oven kosong selama 10 minit.
Matikan api atas. Masuk adunan bakar selama 10 minit. Selepas itu Sembur dengan air sekali lagi.
Selepas itu hidupkan api atas pula teruskan membakar sehingga masak. Sebelum padam api akhir. Sembur sekali lagi air.
Keluarkan terus sapu susu cair bercampur marjerin. Untuk mengilat dan mengedut atas roti.



3 comments:

  1. as salam ilah, rajinnya merotii dgn macam2 pesen kak noor satu jenis pun bercinta nak buat hahah

    ReplyDelete
  2. Wah bagus tu JY.. satu adunan dapat jenis roti.. belum ada kekuatan nak buat roti sendiri JY selalu beli jer.. tapi bila tengok org buat terasa lah jeles nya :)

    ReplyDelete
  3. Wahh..jimat masa kan. Sng nyee...

    Visit me back : nurhudakassim.blogspot.com

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini