18 June, 2014

650. TIMUN BETIK 2 nama berbeza dlm 1 rupa

Salam sejahtera pengunjung2 RSJY
2 minggu cuti sekolah bermula nampaknya RSJY pun bercuti juga.
Buka tak masak yee kdg2 line tenet agak mandom jadi buat moody je nak hupdate blog. Minggu terakhir sebelum sekolah bermula, ilahjy bersama keluarga bercuti ke negeri penyu. Bermula rabu, khamis, jumaat dan sabtu.


Sepanjang jalan tepi pantai menuju ke dungun terdapat buah TIMUN BETIK ni dijual bersama buah2 tembikai. Sekilo rm2.50. Seberat 1 1/2 sebiji ilahjy beli. Cukup sebiji, kerana hanya ilahjy sorang saja yg makan. Buah ini sejukkan badan dalam cuaca ala2 el  nino molek la kita makan.. 2 cara bole dimakan secara mentah diajar oleh arwah nenek masa masih sekolah dulu. Santan diperah pati  dan  dicampur gula pasir putih Dan potong timun betik masukan ke dalam santan terus dimakan begitu saja.
Cara ke2 dgn memasak semua bahan sejukan baru dimasukan potongan 
Buah ini dan terus dimakan begitu saja. Lebih sedap jika dicampur ketul ais

Hirisan terakhir ilahjy cuba guna gula merah. Sedapjuga. Tapi haruman timun betik hilang ditelan perasa gula merah. Tak berapa kick laaa..
Ada rakan2 fb bagitau makan dgn gula melaka, susu dan sebagainya. Masing terpulang pada resepi keturunan keluarga masing2.



Gula putih dan gula merah


2 comments:

  1. camne rasanyer yek kak? tak penah lak dana jumpa ke mkn...

    ReplyDelete
  2. memang sedap buah timun betik ni makan time hangat2 ni..teringat dulu ada satu musim kat perlis, banyak buah ni..zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini