Lasagna ini hasil air tangan anak no3 ilahjy. Dek ann . Berangan nak makan sejak balik bercuti dari UIA. Apa lagi sudah jumpa bahan2nya apa lagi jommm laa jamu mata. Berpandukan resepi dari web. Terimakasih empunya resepi. Semoga perkongsian ini akan meningkatkan pahala di bulan mulia ini bulan ramadan. Aminnnn..
Bahan2:
20 keping pasta lasagna rebus dgn air juga minyak sehingga lembut toskan
1 mangkuk daging cincang
1/2 batang carot dadukan
2 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 sudu kecil serbuk lada hotam
3 sudu besar tomato puree
3 sudu besar sos tomato
3 biji tomato segar
1 kiub ayam
Sedikit rempah oregano
8 keping cheesedale @ cheddar parut
2 cawan susu segar
3@4 sudu besar minyak masak
Garam dan gula
Panaskan minyak tumis bawang2 sehingga wangi.
Masukkan paste kari dan bahan2 yang lain, kacau sehingga sebati dan mendidih.
Akhir sekali masukkan tomato segar dan rempah oregano. Masak biar berair sedikit supaya pasta lasagna akan kembang semasa proses pembakaran dan tidak kering.
Bahan paste:
3 sudu besar air
2 sudu besar cili mesin
1 sudu besar serbuk kari ayam
Gaul sebati
Lapisan sos cheese:
2 cawan susu segar
2 sudu besar tepung gandum
8 keping cheese dale
Panaskan minyak masuk tepung kemudian susu masak sehingga mendidih masukkan cheese. Kacau sehingga pekat tutup api.
Cara susun:
Lapisan 1 pasta menutupi seluruh loyang
Lapisan ke 2 inti daging
Lapisan ke 3 sos cheese
Akhir sekali biarkan pasta sahaja dan ditutupi dgn sos cheese dan parutan cheese
Juga taburan oregano.
Bakar 180 darjah selama 30 minit.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini