07 January, 2015

693. JANTUNG PISANG BERKERISEK.

Dah lama tak pekena sijantung hati ku ini. Dapat pula sijantung pisang berangan. Apa lagi layan laaa resepi baru nak cipta ni... memang sedap sebab ada kerisik.

1 biji jantung pisang berangan di bersihkan dan direbus sehingga empuk
Potong halus mengikut selera sendiri
1/2 bawang besar
Sedikit cili padi ikut pedas
Sedikit ikan bilis
2 Sudu besar kerisek
Sedikit santan pekat
Garam

Caranya:

Kisar bawang bersama ikan bilis dan cili sehingga halus.
Tumis sehingga wangi.
Masukkan jantung pisang, santan, garam dan kerisek.
Masak sehingga pekat. Sedia untuk dimakan bersama nasi.




No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini