Tanpa sebarang sos, ilahjy hanya guna sedikit cili mesin mengekalkan rasa asli ikan siakap goreng bertepung ini.
Bahannya:
1 ekor siakap di lumur tepung segera kfc dan digoreng garing
2 sudu besar cili mesin
Bawang besar dipotong bulat
Bawang putih dimayang nipis
Sedikit halia potong memanjang
Hirisan daun bawang dan daun sup
Sebiji buah tomato dipotong baji nipis
Sedikit timun di potong memanjang
Garam
Sedikit gula
Caranya:
Tumis semua hirisan sehingga wangi
Masukan cili dan sedikit air masak sehingga pecah minyak
Masuk kesemua bahan dan tambah sedikit air untuk melembutkan bahan
Setelah semua bahan lembut, tuangkan ke atas ikan.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini