04 February, 2015

708. CAPATI

Hasil campuran 2 jenis tepung dan bancuhan yang lembut capatiku lembut daripada selalu ku bikin. Naik gelembung ketika dibakar petanda baik capati lembut.
Resepi ini hasil ciptaan ilahjy sendiri tiada sukatan sebenarnya. Main campak2 je
Dibawah ini resepi disediakan mengikut anggaran ilahjy. semoga kalian berjaya mengandunkannya

Bahan2nya:

2 cawan tepung atta
1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 cawan air suam, bukan suam kuku lebih sikit panasnya 
Tambah atau kurang air ikut tepung.

Caranya:

Guna senduk untuk menggaul kesemua bahan. 
Masukkan air sedikit2 sehingga adunan lembut macam buat doh roti.
Jika melekit tambah tepung ditangan semasa menggulinya.
Uli sehingga sebati. Bentukan bulat2 dan saluti dengan tepung
Gelek sehingga nipis
Bakar atas kuali non stick.



No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini