11 August, 2015

758. ACAR REBUNG MADU JY

Semasa kecil dijagai oleh arwah nenek dan atok. Banyak resepi nenek ketinggalan untuk ilahjy pekajari.. cuma sempat dengar berpesan2 pasal acar limau yang nenek buat jualan dikampung kami. Berdasarkan itulah ilahjy cuba mereka cipta resepi acar rebung ini. Ya Allah ya Rasul memang lebih kurang sama dengan air tangan nenek munah ku...
selain dibuat kari, rebung ini kami pelbagaikan masakannya umpama paceri dan tumis air atau masak manis... tetpi era itu mana ada rebung segar macam ilahjy tanam ini. Masa tu guna rebung beting dan rebung jeruk kuning yg berbau bacing tak sanggup nak pegang melekat seminggu dijari baunya ..muahhahaaaa...exsyen ad kebun buluh madu lah katakannnnn... hidup mau berubah yeee
Joom kita saksikan apa yang ilahjy buat pd rebung ni...









kepada rakan2 fb yg ingin mencuba resepi ciptaan ilahjy ini silakan.
Hanya pd yg sudi mencuba ilmu ini dicurahkan...
ACAR REBUNG MADU SPECIAL ILAHJY
1 kg rebung madu dipotong melintang tak putus atas dan bawah siap rebus.
Rempahan campuran:
4 sudu besar serbuk cili. Jika rajen mesin cilikering
3 sudu besar serbuk kari ikan
2 sudu besar serbuk kari ayam
1 sudu besar serbuk sup
Rempah tumis:
1 sudu besar jintan manis
Sedikit biji sawi
Sedikit rempah biji
2 kuntum bunga lawang
1 btg kayu manis
2 sudu besar udang kering tumbuk halus
2 ketul gula kabung
4 sudu besar cuka makan
Hiasan bersama:
10 biji Bawang kecik belah 2 jika besar
1 labu Bawang putih
10 biji cili padi hijau
Caranya:
Panaskan minyak secukupnya. Masukan bawang dan udang kisar. Setelah wangi, masukan sedikit air dan serbuk2 rempah. Setelah garing , masukan rebung dan tambah air sedikit utk merenihkannya. Masukan cuka dan gula kabung secukup rasa. Masak sehingga kuah pekat.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini