25 August, 2015

762. ASAM PEDAS SIAM ILAHJY

Catatan dr fb

A
  • Mohon maaf ulang tayang... atas permintaan ilahjy cuba update sekali lagi bahan2 Utk ASAM PEDAS SIAM ikan keli bahan utam .jika tak suka tukar ikan kembong besar.
ASAM PEDAS SIAM ILAH JY
Bahan2nya:
5 èkor ikan keli atau ikan kembong
Cili kering dlm 15 biji jika pedas kurangkan rebus kasi lembut
3 sudu besar jintan manis
2 sudu besar rempah biji
2 sudu besar beras
2 ketul belacan sebesar ibu jari
1 biji bawang besar
1 ketul hàlià besar ibu jari
1 ketul kunyit hidup besar ibu jari
5 biji padi jika pedas kurangkan. Wajib buh...
5 btg serai diketuk
5 keping asam gelugor..maaf
Segenggam daun kesum
Timun dan bendi
Caranya:
Kisar kesemua bahan sehingga halus kalu ada sikit2 kasar tu sila tapis, guna 3 cawan air. Tapi ilah jy tak tapis...
Masukan ke dalam kuali. Ďidihkan bersama serai sehingga masak rempah2. Dalam masa 10 minit. Lepas tu tambah air secukupnya. Jgn cair nanti tak sedap. Pekat yang sederhana. Masukan asam keping, timun, bendi, garam,daun kesum sedikit je gula nak seimbangkan rasa. Masak sehingga empuk baru masukan ikan. Masak sehingga ikan empuk. Rasalah. Seimbangkan semuanya..
Selamat mencuba.




2 comments:

  1. Nampak menarik resepi ni, lain dr yg lain...nnt bila2 blh try asam pedas ni pulak...

    ReplyDelete
  2. asam pedas memang feveret kami sekeluarga! :))


    Resepi Cheesecake Oreo di sini

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini