19 August, 2015

761. SAMBAL AYAM, DURIAN BELANDA







Satu lagi hasil ciptaan resepi oleh ilahjy. Yang belum pernah dimasak oleh manusia sejagat. Hahaaaa... boleh tahan rasa durian belanda ini. Tapi yang nyata kuah sambal ni terangkat habissss heheee yang penting kena pada tekak kami sekeluarga.
kalau tak suka campur durian belanda pun boleh. teruskan dengan bahan2 dibawah sahaja.

bahan2nya:


2 ketul paha ayam di potong kecil
Beberapa potongan durian belanda yang mengkal
1/2 biji bawang besar di mayang tebal

Bahan dimesin:
8 biji cili merah
6,7 biji cili padi
10 ulas bawang putih
1 inci hali
1 inci kunyit hidup

2 sudu besar rempah kurma
1 sudu teh jintan manis
1 sudu ten jintan putih

1 helai daun kunyit di siat2 panjang
6 batang serai diketuk


Caranya:
Panaskan minyak, goreng ayam 10 minit.
Masukan bahan mesin tadi dan rempah2 Dan serai juga daun kunyit
 kacau rata sehingga pecah minyak
Tambah air  untuk mengempokkan ayam dan durian belanda



3 comments:

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini