26 December, 2016

865. KERABU JANGGUIH MERAH




Pernah makan kerabu Buah janggus aka gajus aka ketereh?
Arwah nenek ilahjy potong buah gajus nipis2 kemudian diperahnya buah itu supaya semua air nya keluar bagi menggelakkan batuk atau gatal2 tekak bagi yang alah kepada buah ini.

Bahan2nya:

Buah gajus di potong nipis dan diperah buang airnya
Bawang besar di mayang nipis
Cili merah dipotong nipis
Cili padi di mayang halus
Sedikit belacan 
Sedikit garam 
Sedikit gula

Caranya:

Gaul kesemua bahan sehingga sebati 
Lepas tu baru masukan buah gajus dan gaul sebati rasakan garam dan gulanya. 
Sedia untuk dimakan bersama nasi atau diratah begitu sahaja.











No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini