Lagi satu resepi ilahjy yg boleh tahan sedapnya hasil gabungan biji bijan dģn lengkuas juga cili kering goreng ranggup memang terasa pedasnya ditambahi lada hitam hahaa mauuu berdesing walaupun tak de cili lain.
Bahannya:
1 ketul dada ayam
1 ketul lengkuas muda
1 ketul halia
1 batang serai
1 labu bawang besar saiz kecik
Sedikit bawang putih
Blend bahan2 ini sehingga halus
Perapkan bahan mesin bersama ayam dan sedikit garam
Bahan tumisan
10 biji cili kering kerat 2
1 sudu besar lada hitam tumbuk
Sedikit minyak bijan
1 sudu bijan
Sedikit kicap cair
Caranya:
Panaskan minyak, masukan ayam tanpa bahan2 perap.
Goreng sampai keperangan, lepas itu masukan cili kering, lada hitam, dan bijan setelah garing baru masukan bahan2 perapan yg ditinggalkan tadi, kicap, sedikit gula dan sedikit air. Setelah mendidih seimbangkan rasanya.
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini