20 March, 2018

931. AYAM LENGKUAS BIJAN



Lagi satu resepi ilahjy yg boleh tahan sedapnya hasil gabungan biji bijan dģn lengkuas juga cili kering goreng ranggup memang terasa pedasnya ditambahi lada hitam hahaa mauuu berdesing walaupun tak de cili lain.

Bahannya:

1 ketul dada ayam

1 ketul lengkuas muda
1 ketul halia
1 batang serai
1 labu bawang besar saiz kecik
Sedikit  bawang putih

Blend bahan2 ini sehingga halus
Perapkan  bahan mesin bersama ayam dan sedikit garam

Bahan tumisan

10 biji cili kering  kerat 2
1 sudu besar lada hitam tumbuk
Sedikit minyak  bijan
1 sudu bijan
Sedikit kicap cair

Caranya:

Panaskan minyak, masukan ayam tanpa  bahan2 perap.
Goreng sampai keperangan, lepas itu masukan cili kering, lada hitam, dan bijan setelah garing baru masukan bahan2  perapan yg ditinggalkan tadi, kicap, sedikit gula dan sedikit air. Setelah mendidih seimbangkan rasanya.













13 March, 2018

929. TELUR DADAR BERTEPUNG JY


Satu lagi hasil kretip ilahjy
Memang sedap dan ranggup kalau diratah mau hbis 3 biji telur ni. Tapi cepat kenyang dadar ni. Try laaa baru tau. Idea datang  tak kira masa.

Bahannya:

3 biji telur ayam
3 sudu besar tepung serba guna bestari
Garam tak perlu sebab tepung ni masin piang2
Hirisan bawang, cili, daun ketumbar
3 sudu besar air

Putar dengan garfu semua bahan
Panaskan kuali  leper minyak lebih sikit daripada dadar biasa
Api kuat sikit drp biasa supaya telur jadi ranggup ditepi2nya
Tuangkan telur memenuhi kuali. Dalam 3 minit Lepas tuu slowkan api sedikit supaya telur masak sekata.


Duhaii syarikat bistari mohon kurangkan garam dlm tepung goreng yg sedap tuu.. pengguna boleh menambah garam bila perlu tapi bila terlalu masin dah tak boleh buang. Nak tambah tepung gandum nnti rasa ori resepi bistari dah tak ori. 

04 March, 2018

928. ASAM PEDAS LEMAK KEMBONG JY









Hai2 hr ni cipta lagi satu resepi .ASAM PEDAS LEMAK JY
Ikan kembung belah belakang isinya. mcm nak terbang gitu2.., kawan belimbing buluh kuning... Ikat bengkung tegak badan lamaaaa nk masak sbb kurang upaya lagi ni.  Sapa nk resepi?

Bahannya:
 3 ekor ikan kembong besar belah belakang isi pisahkan drp tulang
1 labu bawang besar di baji nipis
Beberapa helai daun limau purut di koyak
10 biji buah belimbing buluh

5helai daun limau purut buang tulang tengah
3 btg serai
4 inci lengkuas seketul besar
2 sudu besar cili mesin
1 inci halia
1 inci kunyit hidup


Blend kesemua bahan sehingga halus daun2 limau akan terapung dlm kepingan kecil2 mencantikkan kuah
Panaskan minyak, tumis bahan mesin sehingga pecah minyak
Masukan buah belimbing sebiji sebiji
Tambah air secukupnya. Masak sampai separuh empuk belimbing tu
Masukan ikan bersama bawang baji tadi. Masak lg Sampai mendidih
Masukan garam dan pati santan setelah mendidih padamkan api.

02 March, 2018

925 .KACANG BOTOR AKA KELISA GORENG BERTEPUNG

Kacang botor ilahjy tanam sendiri ditepi pagar rumah.




Senang jeer bancuh tepung goreng ayam segera dgn air
Gaul sebati, celupkan kacang botor.
Goreng keperangan. Rasanya amat sedap macam mkn ayam juga...