04 April, 2018

933. NASI HERBA JY







Lagi satu resepi nasi ciptaan ilahjy.
Sedap juga laaa, wangiii....
NASI BERHERBA JY

2 cawan beras basmathi
Halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, temu pauh, daun limau purut,
Ditumbuk mengunakan lesung batu sehingga lumat.
Panaskan minyak campur dgn marjerin, tumiskan bahan2 tadi sehingga betul2 wangi. Setelah itu masukan 2 sudu besar rempah sup, sebatang kulit kayu manis dan bunga lawang, dengan 1/2 cawan air rebusan daging, masak sehingga pecah minyak.
Dalam periuk rice cooker, masukan beras bersama air dan santan secukupnya. Lepas itu curahkan bahan2 yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi bersama garam dan 3 biji perahan air limau kasturi. Masak lah seperti biasa.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini