http://ilahmasakanku.blogspot.com SILA MOHON IZIN KEPADA ILAHJY PEMILIK BLOG INI JIKA INGIN MENGAMBIL GAMBAR UNTUK DITEPEK DI FB MASING2. ATAU TEPEK KE BLOG ATAU SEBAGAINYA. SILA BERI KREDIT BLOG INI DI RUANG TERSEBUT. SILA MOHON IZIN MELALUI RUANG KOMEN ATAU MELALUI EMAIL . MOHON KERJASAMA ANDA PATUHI PERATURAN HAK KAMI SEBAGAI PENULIS BLOG. ***ilah1908@gmail.com*** jika ingkar boleh dikenakan tindakan.terkini masih ada lagi orang di face book suka2 menyahmilik hak ilahjy sebagai pemiliknya.
13 April, 2018
09 April, 2018
935. IKAN MERAH ASAM PEDAS TANPA CILI MERAH.
Bahan2nya:
Ikan merah 2 keping
2 btg serai ketuk
1 biji tomato potong 4
Kacang botor
Daun sup
Bahan mesin:
1 biji bawang besar
4,5 biji bawang putih
1 inci halia
Sedikit halba
Sedikit kunyit hidup
Caranya:
Tumis bahan2 diatas dgn serai sehingga pecah minyak
Masukan air, ikan, tomato garam, kacang botor masak sehingga ikan empuk.
Rasa seimbang semuanya.
05 April, 2018
934.SAMBAL BELIMBING VERSI JY
Pestime ilahjy online jual sambal belimbing ni.
Tak pernah terbayang di benak hati tujuan ini. Tapi syukur kustemer ulang oder. Mohon maaf jua resepi ni tak macam sambal yg ori dari rakyat negeri pahang.
Sedap dimkn dgn roti kosong dan mkm dgn nasi.
150gm hanya 5rm shja.
04 April, 2018
933. NASI HERBA JY
Lagi satu resepi nasi ciptaan ilahjy.
Sedap juga laaa, wangiii....
NASI BERHERBA JY
2 cawan beras basmathi
Halia, lengkuas, bawang putih, bawang besar, temu pauh, daun limau purut,
Ditumbuk mengunakan lesung batu sehingga lumat.
Panaskan minyak campur dgn marjerin, tumiskan bahan2 tadi sehingga betul2 wangi. Setelah itu masukan 2 sudu besar rempah sup, sebatang kulit kayu manis dan bunga lawang, dengan 1/2 cawan air rebusan daging, masak sehingga pecah minyak.
Dalam periuk rice cooker, masukan beras bersama air dan santan secukupnya. Lepas itu curahkan bahan2 yg ditumis tadi ke dalam periuk nasi bersama garam dan 3 biji perahan air limau kasturi. Masak lah seperti biasa.
02 April, 2018
932. UDANG TEMPOYAK BEBUAS
Pernah makan daun bebuas? Ilahjy buat masak lemak udNg tempoyak dgn bebuas.. fuhhh mmg sedap bertambah nasi...
Utk mkn sorg ye. Simple jee resepinya.
6 ekor udang besar.
1 helai daun limau purut
Santan pekat dlm 1 cawan
1 sudu besar tempoyak baru
20 tangkai pucuk bebuas.
Bahan mesin:
2 biji cili merah
1/2 biji bawang besar
Sedikit halia
Sedikit kunyit hidup
2 cawan air
Panaskan kuali. Masukan bahan mesin. Masak sehingga mendidih dlm 10 mt.
Masukan udang sekejap kacau sehingga mendidih. Masukan pucuk daun bebuas. Tambah santan pekat dan garam. Kacau sehingga mendidih dlm 5 mt . Padam api.