Lagi satu resepi ciptaanku hari ni. Sedap gilersss. Tak sabar tunggu anak2 balik kerja makan bersama malam ni.
IKAN MERAH MASAK TUMIS LEMAK JY
Bahannya:
1ekor ikan merah dipotong bersihkan
1 kuntum bunga kantan belah dua potong serong
Secekak daun kesom
Sekeping asam gelugor
1/2 kotak santan
Bahan mesin halus:
10 biji cili padi
2 inci lengkuas muda
2 inci halia
1 batang serai
1 sudu besar jintan manis
1/2 biji bawang besar
4,5 ulas bawang putih
2 sudu besar rempah kari ikan
Panaskan periuk dgn sedikit minyak
Tuangkan bahan mesin tadi dgn bunga kantan
Kacau sehingga naik wangi
Masukan santan, air, dan asam keping, bila dah mendidih baru masukan ikan dan daun kesum juga garam .
Masak api perlahan sehingga masak supaya ikan merah tak pecah..
No comments:
Post a Comment
terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini