30 December, 2019

1051. NASI BERIANI SPECIAL JY



Bahannya:

3 pot beras basmathi extra long
1/4 cawan kismis hitam
5,6 helai Daun ketumbar jawa
Hirisan daun sup

Bahan tumisan:
Bawang kecil dimayang
Halia dimayang lebar
Bunga lawang
Kulit kayu manis


3 sudu besar serbuk kurma
1 sudu besar rempah kari daging
1 kiub ayam
5 sudu besar pati santan
3 biji limau kasturi amek jusnya
Marjerin 
Minyak masak

Caranya:
Panaskan marjerin dan minyak masak
Tumiskan  bahan tumisan dan kismis sehingga wangi. 
Masukan rempah dan sedikit air. Bila rempah dah pecah minyak baru masukan air dan beras. Pastikan paras air sesuai dengan beras. Masukan kiub ayam dan pati santan. Bila beras dan mula mengering masukan daun sup dan daun ketumbar jawa. Tutup periuk biarkan sehingga masak baru di gembur rata daun2 tadi. Daun itu membangkitkan aroma,wangi serumah dan menambahkan keenakkan nasi. Tak perlu makan dengan lauk pun dah sedap rasanya.






28 December, 2019

1050. AYAM MASAK MERAH KISMIS


Bahannya :
1 ekor ayam dipotong sedang
Gaul garam kunyit goreng separuh masak
1/2 keping asam gelugor
1/4 cawan Sos tomato
1 kuntum bunga lawang
1 bstang kecil kayu manis

Bahan mesin:

Cili kering secukup pedas
1 biji tomato
1/2 cawan kismis hitam
3  inci halia
1 biji bawang besar

Caranya:

Blend kesemua bahan sehingga halus
Tumis dlm minyak bekas goreng ayam tadi
Goreng sehingga pecah minyak
Masukan ayam, sos tomato, air, garam dan sedikit gula.
Masak sehingga ayam pun masak sepenuhnya 


27 December, 2019

1049. PACERI REBUNG


Paceri rebung yg ilahjy buat ini sama resepi macam paceri nenas paceri terung
Cuma tukar bahan dengan rebung sahaja.

19 December, 2019

1048. KANJI KEDAH LAGI ...





Resepi sama seperi post terdahulu. Boleh klik kat label kanji kedah ye.

05 December, 2019

1047. KEMBUNG ASAM REBUS CARA JY NYUMMY


Bahannya:

4 ekor ikan kembong

Bahan tambahan:
Terung panjang
4 batang serai diketuk
4 helai daun limau purut
5,6 helai daun ketumbar jawa
3 kuntum bunga kantan belah dua
1 keping asam gelugor
Garam secukup rasa


Bahan utk dimesin kasar

5 biji cili merah
10 biji Cili padi 
1 biji bawang besar
2 inci halia tua
Air secukupnya untuk merebus semua bahan

Caranya:

Blend semua bahan separuh halus.
Rebus dalam kuali bersaMa bahan tambahan. Setelah kuah betul2 masak masukan ikan dan terung dan garam
Rebus sehingga masak.