03 March, 2020

1066. ACAR BUAH BEREMPAH JY direka pd 10dis2019

Acar berempah ni ilahjy reka khas utk majlis kawen anak kedua ilahjy pd 22 dis 2019. gabungan rempahnya memang ilahjy reka sendiri berdasarkan citarasa sendiri.
Syukur rasanya sedap pada tekak kami sklrga.
Sememangnya ilahjy tak suka bubuh bijan sbb bijan akan melarikan rasa acar berempah. Ikut suka kalian jika suka nak bubuh bijan silakan yee.
















 4 kg buah2an jeruk
Dipotong kecil supaya mudah nak makan
Lepas tu tolong cuci bersih selawat banyak2
Toskan sehingga kering.
50 ulas bawang kecil dijerukan 
50 ulas bawang putih dijerukkan
Secawan halia tua di mayang

Bahan mesin:
30 biji bawang kecil
30 biji bawang putih
1/2 cawan halia mayang
1 cawan sos cili
1 cawan rempah kari daging
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah soto
Cili kering mesin dlm 5,6 cawan ikut  pedas
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan manis

1 botol cuka
3/4 kg gula
5,6 sudu besar garam

Caranya:
Tumis bahan mesin bersama jintan manis dan biji sawi, cili kering, rempah2
Bila,pecah minyak masukan bawang jeruk 
Masak sampai separuh lembut, baru masukan buah2an lain.
Masukan cuka gula dan sos cili.
Tambah air utk melembutkan buahan
Rasa masam masim manis. Masukan bahan tu secara peringkat. Lps tuu seimbangkan rasanya. Ikut selera kita

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini