28 March, 2020

1067. PUYU PEKASAM UTK SULUNGku YG MNGIDAM 30 april 2019


Garamkan ikan sebanyak itu dengan 4 sudu besar garam halus gaul serata.

Secawan beras dibasuh bersih keringkan dan digoreng menjadi perang
Kisar sehingga halus.


Taburkan didasar balang beras tadi
Taburkan gula melaka
Letak ikan
Ulangi sehingga habis
Akhir sekali siram air asam jawa pekat dibahgian atas bersama taburan gula melaka.
Peram seminggu diluar suhu bilik
Masuk minggu kedua gaulkan keseluruhan ikan agar sekata simpan dlm peti sejuk selepas seminggu
slps itu dah boleh digoreng


03 March, 2020

1066. ACAR BUAH BEREMPAH JY direka pd 10dis2019

Acar berempah ni ilahjy reka khas utk majlis kawen anak kedua ilahjy pd 22 dis 2019. gabungan rempahnya memang ilahjy reka sendiri berdasarkan citarasa sendiri.
Syukur rasanya sedap pada tekak kami sklrga.
Sememangnya ilahjy tak suka bubuh bijan sbb bijan akan melarikan rasa acar berempah. Ikut suka kalian jika suka nak bubuh bijan silakan yee.
















 4 kg buah2an jeruk
Dipotong kecil supaya mudah nak makan
Lepas tu tolong cuci bersih selawat banyak2
Toskan sehingga kering.
50 ulas bawang kecil dijerukan 
50 ulas bawang putih dijerukkan
Secawan halia tua di mayang

Bahan mesin:
30 biji bawang kecil
30 biji bawang putih
1/2 cawan halia mayang
1 cawan sos cili
1 cawan rempah kari daging
3 sudu besar rempah kurma
2 sudu besar rempah soto
Cili kering mesin dlm 5,6 cawan ikut  pedas
Sedikit biji sawi
Sedikit jintan manis

1 botol cuka
3/4 kg gula
5,6 sudu besar garam

Caranya:
Tumis bahan mesin bersama jintan manis dan biji sawi, cili kering, rempah2
Bila,pecah minyak masukan bawang jeruk 
Masak sampai separuh lembut, baru masukan buah2an lain.
Masukan cuka gula dan sos cili.
Tambah air utk melembutkan buahan
Rasa masam masim manis. Masukan bahan tu secara peringkat. Lps tuu seimbangkan rasanya. Ikut selera kita