03 May, 2020

1075. SUP TEPUNG GANDUM





Nii je mampu masak.ekonomi meleset hehe
Sup tepung gandum fuhhh mmg sedap 3x tambah u...  rasa tepung bersatu dgn sup

Cara membuat adunan tepung tarik:

Tepung gandum di bancuh dgn air garam
Uli sehingga tidak melekat ditangan.
Peram sebentar dlm 30mt.
Kuantitinya ikut kekuatan bilangan kita nk makan.ilahjy buat dln secawan tepung je tadi
Makan 3 beranak. Bancuhannya lembut sikit drp karipap. Kalu keras susah nak tarik masak nak masak.

Kuahnya:

Tumis bawang merah dan bawang putih
Sehingga wangi. Masukan Beberapa kepingan ayam dipotong kecil.
Goreng sehingga ayam sedikit kekuningan.
Masukan 3 mug air. Masukan karot, sayuran yg kita suka, cili potong, cili padi, sos tiram, garam dan lada sulah.
Perlahankan api, renihkan kuah...
 mulalah membuat tepung tarik.
Cubit sebesar ibu jari tepung tadi.
Guna dua jari, tarik regangkan menjadi nipis.
Terus masukan kedalam kuah. Ia mnjadi 3x ganda besar cubitan awal tadi. Drp sebesar ibu jari menjadi 2,3x lebarnya..biar nipis baru sedap. Kalau tebal nnti terasa tepung pula... kuah tak serap..
Didihkan sehingga tepung masak.

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini