29 June, 2020

1094. HATI LIMPA PARU MASAK KICAP BEREMPAH SPECIAL. korban 2019





Bahannya:
1kilo campuran hati limpa paru daging
Kicap secukupnya
Sedikit santan pekat
Kerisek secukup rasa
Bawang goreng 

Bahan mesin:

Cili kering secukup pedas
Bawang besar
Bawang putih
Halia
Kunyit
2 sudu besar rempah biji
1 sudu jintan manis
1 sudu jintan putih
2 btg serai
Sedikit lengkuas

Caranya:

Panaskan minyak tumiskan bahan mesin sehingga pecah minyak
Masukan bahan2 daging tadi. Tambah sedikit air untuk mengempukkannya.
Setelah empuk baru masukan santan kerisik asam keping garam gula.
Setelah sebati dan masak baru dituangkan bawang goreng berserta minyaknya.
Padam api. 




20 June, 2020

1091. RENDANG BERIANI AYAM JY


Bahanya:
bahgian ketiak dlm 5 ketui potong kecil
Cili padi ikut pedas i buat x pedas .. sbb buh lada hitam
Lengkuas muda seketui besar dua ibu jari
halia muda pun sama besar lengkuas
kunyit hidup pun sama saiz
2 sudu besar jintan manis 
1 sudu besar jintan putih
1 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
10 sudu besar rempah beriani
2 sudu besar kerisik
2 keping asam gelugor
1/2 kotak santan
Garam
4,5 helai daun kunyit hiris halus

08 June, 2020

1090. SAMBAL TEMPOYAK IKAN BILIS


Ikan bilis digoreng ranggup
Cili besar
cili padi
bawang besar

Caranya:
Semua bahan di goreng seketika
Blend dengan sedikit garam dan sedikit gula sehingga lumat kemudian campurkan tempoyak. Siap... Senangkan... 

05 June, 2020

1088. KELADI MASAK LEMAK KUNING IKAN BILIS


Pokok Keladi ini ilahjy tanam sendiri. Setakat ini ada 3 jenis telah ditanam. 2 jenis lagi belum pernah dimasak. Sebab pokoknya belum cukup membiak. 
Keladi hijau muda dlm gambar. Hijau tua. Dan keladi hitam. 

Keladi hijau tua

Keladi hitam

04 June, 2020

1087. KUIH KERIA GULA KABONG


Bahan gula:

4sudu besar gula pasir
1/2 keping gula nesan
Sesudu minyak masak bekas kuali
Air 1/2 cawan

Caranya:

Panaskan kesemua bahan sehingga mendidih
 bila gula berbiuh bertali masukan kuih 
Keria. Terus dikacau sehinga semua sebati.
Padam api terus dikacau jaga supaya ia tidak melekat satu sama lain. Kacau sampai bunga putih timbul.

01 June, 2020

1086. PARI MASAK SAMBAL SPECIAL JY


Bahannya:

Sekeping ikan pari dipotong nipis
Air asam jawa
Bawang besar baji

Bahan mesin halus:
5,6 tangkai Cili kering 
Bawang besar
Bawang putih
Halia

Caranya:

Goreng ikan pari seketika bukan garing ya.
Toskan ikan 
  Dalam minyak yg sama tumiskan bahan mesin. Kacau sehingga pecah minyak
Masukan ikan pari dgn potongan baji bawang besar. Perah sedikit air asam jawa 
Dan garam. masak sehingga tinggal sedikit airnya seperti dalam gambar. Jangan terlalu kering.