29 March, 2025

1382. KARIPAP PUSAR ILAHJY










setelah sekian lama tidak memusaukan karipap memang agak teruk la pengakhirannya
Tetapi kulitnya ranggup gebu dan lembut. 

Macam biasa ilahjy buat tanpa sukatan.
Bila nak masuk blog kena lah buat anggaran kasar. Moga kalian buat jadilah nnti.

Kulit karipap:

3 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
2 sudu besar buttercup
3 sudu besar minyak masak
Sedikit garam halus

Panaskan buttercup dan minyak tadi. Tuangkan ke dalam tepung. Kacau dengan sudu.
Bila sudah sebati masukan air sejuk air uli sehingga boleh jadi duh lembut
Bulat2kan dapat dlm 6 biji.

Duh tengah:

Tepung gandum dicampur dengan buttercup diadun sehingga boleh dikepal dapatkan 5 biji

Leperkan duh kulit masukan duh buttercup tu dan bulat2kan. Perap sekejap. Buat lah intinya.
Koi
Ambil duh tadi leperkan memanjang. Gulung dan leperkan sekali lagi dan terus digulung lagi
Potong dlm 5 bahagian, amek duh ke6 yg tak de duh marjerin..  cubitkan sebesar jari letak atas duh2 tadi dan leperkan
Ia jadi pengalas karipap , Supaya inti tak terbarai. 
Dah boleh dimasukan inti dan bentukan. Dan goreng.  


Ini catatan ILAHJY semasa kawan kat fb minta resepi diFB. Nak simpan rujukan
 Panaskan 2 sudu buttercup dgn minyak 3 sudu .. agak2 je ni. 
Buh garan sedikit agak2 masinnya. 

Tepung gandum dlm 3 cawan 
Tepung beras 1/2 cawan

Ini pun agak2 je tuang je td xde sukatan

Masukan butter cair td gaul dgn sudu   dah rata masukan air ais semua. Uli jd duh yg lembut. 

Utk tengah pula buttercup dgn tepung gandum bancuh hingga bole kepal. 

Bulat2kan semua duh. Duh butter td kecik jee drp doh kulit.
Buat mcm biasa la .

No comments:

Post a Comment

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini