31 March, 2009

89. PUDING JAGUNG BERLAPIS KOKO YG mudah..

aku reka pada 31 mac 09 nasib baik jadikkk hikhik

Bahan:


1 cawan tepung beras
1 cawan jagung krim
1 paket santan krim segera jadikan 2cawan santan
3/4 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
1 sudu teh garam

caranya:

campurkan kesemua bahan dan kacau atas api sehingga kental dan tuangkan dlm loyang.
tuangkan bahagian atas iaitu adunan kokonya. Sejukan. kmdian masukan dlm petiais. supaya lagi enak dimakan .

adunan koko

1/2 cawan tepung beras
1/2 paket santan krim segera dijadikan 1 cawan santan
3 sudubesar serbuk koko
1/2 cawan susu pekat
sedikit garam

caranya:
sama macam diatas.setelah masak tuangkan ke atas aduan jagung tadi.


26 March, 2009

88. ulaman... adakah anda mengenalinya..

terkini hari ini 19 januari 2010 pokok keriang pulau tu dah berbuah lebat... buahnya boleh dimakan... walau dalam pasu aku tanam buahnya menjadi2...



**************************************************************************
KESEMUA ULAMAN INI KAU TANAM DALAM PASU DALAM RUMAHKU...DARI PADA TANAM BUNGA MEMBAZIR JER....

6. DAUN KARI
sapa tak kenal nanti aku lekuk baru tau...
pucuk dia yg muda dimakan mentah bersama sambal belacan cili kering...
utk hilangkan kolestrol dlm darah anda....wakaka sedap ooooo..........
5. DAUN LEMUNI
amek pucuk yg lembut celur... makan utk yg kurang darah....
daunnya dimesin amek airnya masak dlm nasi..jadi lah nasi lemuni.... muahhh muahh

4. MENGKUDU SIAM/PUTIH
amek pucuk nya rebus seketika saja. cecah air asam ikan rebus..tambah 3 pinggan weyy
3. MENGKUDU BESAR
amek pucuk nya yg muda rebuskan sehingga lembut makan dgn sambal belacan...kelat lemak
jadikan masak lemak cili padi bersama udang pun sedap...macam pucuk ubi tuuu...
2. KERIANG PULAU
petik pucuknya yg hijau muda tu makan dgn budu tambah durian cili padi asam limau..
juga utk darah tinggi dan kencing manis kalau tak silap hamba... hikhik

1. BUAH PUTAT daun putat dimakan sebagai ulaman bersama laksa kedah.. kelat2 rasanya
elak darah tinggi ...belah dan buang bijnya, potong nipis isinya dan cecah dgn sambal tempoyak... muah muah sedap kelat2 lemak rasanya. aku tanam pokok ini di kebun kat kg.********************************************************************************

aku cuba rehatkan sementara resepi kali ini, bukan kehabisan idea tapi aku ingin selikan dgn ulaman. kata org kalau mkn ulam segar kita jadi awet muda... kalau ada peluang akan ku tunjulkan gambar2 ulaman. yg mungkin anda tidak pernah memakannya.

22 March, 2009

87. ROTI JALA....jalan ikan boleh tak...hikhik


masak 22 mac 09 sarapan pagi dgn kari ayam
bahan:

2 cawan tepung gandum
1 biji telur ayam
pewarna kuning
3 cawan air....ikut pekat...macam dadar
sedikit garam
acuan roti jala.

caranya

blend kesemua bahan2, uji dgn acuan memastikan kepekatannya, bg aku setakat pandang je aku dah boleh agak sesuai ke tak utk ditebarkan. mahir sgt dah..hikhik angkat bakul sdiri nampak... makan bersama kari ayam atau kuah manis,
roti jala tu mesti warna hijau. kalau kuahnya manis. warna menetukan kuah apa yg akan kita makan. jgn main taram jer...nanti org gelak..kihkih

KUaH MANIS DURIAN/KOSONG

masak gula melaka dan gula pasir sehingga cair,
masukkan santan pekat, bancuhan tepung gandum, buah durian, daun pandan
masak sehingga mendidih dan pekat. muaah muahhh sedappp

18 March, 2009

86. IKAN PEKASAM RESEPI NENEKKU...hari ni usia blog ku dah 3 bulan

bahan:

5 ekor ikan sungai dibersihkan dan digaramkan
1 cawan beras digoreng sehingga keperangan dan dikisar halus
1/2 cawan air asam jawa yg pekat atau asam keping
1 sudu besar gula merah/gula pasir

caranya:

gaulkan kesemua bahan2 tersebut dan dimasukan kedalam bekas dan diperam sehingga masam dan gula menyerap ... kalu ikut nenek berbulan2 tahan. seeloknya masukkan dlm petiais agar tahan dan tidak rosak. selamat mencuba. aku sendiri belum try lagi...

15 March, 2009

85. AIR ASAM CICAH IKAN BAKAR ATAU PAIS

aku adunkan pada 4 april 09 aku cecah dgn kangkung rebus tambah nasi 3 kali hihii
tapi yg ni aku tumbuk sambal belacan dan gaulkan dgn kesemua bahan di bawah kecuali tomato.

bahan:

cili padi mayang halus
cili merah mayang halus
bawang besar di mayang nipis
belacan secukupnya
garam
air asam jawa yg pekat/air asam limau
sedikit isi ikan kembung yg di rebus

cara:

gaulkan kesemua bahan2 dan rasa lah masam masinnya. sedia utk di makan bersama ikan bakar
kalau suka boleh ditambah kicap mewarnakanya.. atau masukkan tomato yg dipotong nipis2 ini dinamakan kerabu tomato lah pula...hehe ubah je ikut selera kita.

84. PAIS IKAN HALUS MCM IKAN BILIS SEBESAR IBU JARI

gambar ni dari entry no 136 ikan bilis goreng, inilah ikan bilis basah yg aku maksudkan

KHAS KU ENTRYKAN UTK BAWANG GORENG DARI SIM KALAU TAK KRN PERMINTAANMU TAK ADA RESEPI NI DAH LUPA DAH...30THN TAK MASAK..MASA SEKOLAH ADALAH MAKAN DATUK YG MASAKAN

bahan:

20 ekor ikan halus yg boleh didapati di pasar,

warnanya keputihan dan jernih. cara siangnya, 
picit bahagian sisi ikan,sehingga Terasa Tulang Dah Renggang Dr Isi.
 kmdian belah dgn pisau bahagian depan/leher, Berhampiran Kepalanya. 
lepas itu tarik tulang dibahagian kepalanya sampai terkeluar dr badanya,
 Patahkan Tulang bahagian Ekor.  
ikan tetap berbentuk Spt  biasa,  masih ada kepala dan ekor. 
cuma bersih dari tulangnya sahaja.senanglah Nak Makan.
 ini petua dariku sendiri tiada siapa ajarkan.

1 helai daun kunyit dipotong halus
2 batang serai di mayang halus
5 biji buah belimbing buluh dipotong nipis2
3 biji cili merah ditumbuk kasar
5 biji cili padi ditumbuk kasar
sedikit garam dan sedikit gula pemanis rasa
1 helai daun pisang

caranya:

gaulkan kesemua bahan2 tersebut bersama ikan perap sementara, sediakan daun pisang diletakan diatas pembakar masukan ikan tadi dan dibaluti dgn daun pisang dan teruskan membakar. makan bersama air asam..muaaahhh muaaahh tambah 3 pinggan nasi nanti hehehe

P/S hari ni 18 mac kakak sepupu bgtahu tambah sedikit kelapa parut yg ditumbuk bersama bawang merah dimayang. digaulkan bersama bahan2 yg aku bagi diatas. katanya lebih sedap..... :) bagi ku kalau ada kelapa lain sikit..ganggu nak cecah dgn air asam..hikhik byk songgeh lak aku ni

06 March, 2009

83. SAMBAL IKAN KELI BEREMPAH

masak pada 6 march 09

bahan:

ikan keli digoreng sehingga garing
cili kering secukupnya
1 sudu besar rempah biji/ketumbar
bawang besar
bawang putih
sedikit kicap

cara:

mesin kesemua bahan dan ditumis sehingga pecah minyak. masukan garam, kicap dan air asam jawa. akhir sekali masukan ikan keli goreng.

03 March, 2009

AYAM GORENG SOS TIRAM HALIA (dlm pantang)

AYAM GORENG SOS TIRAM HALIA (SUMBANGAN DARI AYU RESPEKS)

Bahan

5-6 Ketul ayam ( dibersihkan dahulu)
3 Inci hali ( dimayang nipis-nipis_ lagi banyak halia lagi bagus)
3 Sudu makan sos tiram 5 Ulas bawang putih ( dikisar)
1 Labu bawang besar ( dimayangkan)
1 Sudu makan tepung jagung ( dibancuh dengan air sedikit)
4 Cawan air ( untuk kuahnya)
Garam secukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Sedikit serbut kunyit

Cara-caranya

1. Bersihkan ayam perabkan ayam dengan sedikit garam dan serbut kunyit selama beberapa minit,dan bolehlah digoreng macam biasa.Bila ayam sudah masak ketepikan seketika
2. Masukkan minyak sedikit untuk menumis bawang putih hingga naik bau.
3. Masukkan halia dan bawang besar yang terlah dimayangkan.gaul rata
4. Masukkan sos tiram,air biarkan ianya mendidih.
5. Masukkan tepung jagung kacau lagi.
6. Tambahkan sedikit perasa
7. Masukkan ayam yang dah digoreng dan gaul rata
8. Bolehlah dihidangkan dengan nasi panas dan lada hitam.

selamat mencuba,,,,,,,,sedap,,,,barulah ada selera nak makan. ni duk makan ikan asin je mana ada selerakan?