01 February, 2011

DADAR BATIK JY

dibatikkan pada 1 feb 2011 sempena cuti wilayah

hari ni cuti hari wilayah kami sekeluarga tak kemana2 kerana pada 3 hb nanti kami akan balik ke Melaka kerana hendak melepaskan hajat menyembelih seekor kambing. jadi hari ni masak dan makan jer la kat umah.. lagipun esok pagi nak selesaikan kerja si sulung kuss najihah yg masih tertunda sejak semalam...

sarapan yg terlewat hari ni adalah dadar batik.. ilah jy berikan nama batik kerana corak2nya itu.. isi tetap sama inti kelapa muda. dan dadarnya mcm biasa saja. cuma ilah jy tak ikut adunan kwn2 yg lain.. ilah jy ada sukatan sendiri.. biasalah ilahjy ni suka buat kerja yg tiada sukatan main agak2.. mungkin kwn2 masukan santan atau susu tapi ilah jy tak pernah masukkan. cuma guna telur dan air biasa saja. garam dan perasa.. contoh hari ni guna perasa mocca dan esen vanilla...
tahukah kalian membuat corak ala batik tersebut? pernah sekali ilahjy buat N3 memula mencuba corak ini.. ilah jy amek contoh dari blog kak wan.. ilah jy terus mendeco bentuk2 mengikut selera dan cara yg tersendiri. kerana tiada pertunjuk cara mendeco. nasib baik menjadi dan ilah jy faham caranya dan diteruskan sehingga hari ini...
kalau kalian berminat nak membuat deco itu nanti ilah jy akan cuba terangkan. gambar tak amek sbb terlupaaa maafff yaaaa....
ada yg berminat???

cara mencorakkan batik:
ilahjy guna kuali TAWA tak melekat jadi tak guna langsung minyak.
panaskan kuali. setelah tu masukkan adunan ke dalam icing beg.
corakkan atas kuali tadi, api hendaklah perlahan ya.

setelah dicorakkan tunggu sehingga corak itu kering sedikit/masak.
lepas tu baru dicurahkan adunan warna yg berlainan dan di lenggangkan adunan membentuk bulatan. tutup dgn penutup sehingga masak. baru di keluarkan dari kuali dan masukkan inti dan gulunglah dadar itu.
adakah kalian faham? harap2 faham yaa.
corak yg sama tapi cara membalut inti menentukan bentuk itu terserlah.. cubalah dari kedudukan yg berbeza yaa..
kalu mahukan corak yg berbunga maka bunga kan la ia... tak cuba tentu tak faham.. nanti dah cuba pasti kita kaan rasa besar hati..ahakssss...



8 comments:

  1. ting tong...nak ckit dadar batik leh? Selamat bercuti kak Ilah sekeluarga..

    ReplyDelete
  2. assalam kak ilah...wah lawanya corak tu...akak bubuh inti apa tu?kuih ni mcm ketayap ke kak?...menarik pula tgk ni.

    ReplyDelete
  3. lama eliza tak berkunjungan ke mana ya bz ker dik?? ya mmg betul2 bercuti kat umah sepanjng masa.. anak sulung masak sup sirip ikan yu sedapppppp... tak pernah buat sblm ni jihah yg nak makan dia buat sendiri...selalu tu ada dinner kat hotel jer kak ilah selalu makan...tak pandai buat pun...

    ReplyDelete
  4. salam nieza.. ya ketayap inti nyoq jer ni ..cuba lah buat.. kalu tak tau nanti kak ilah ajarkan..

    ReplyDelete
  5. wow..berseri2 warnanya....
    suka mas tengok..

    ReplyDelete
  6. Assalam kak ilah,
    kita nak buat dadar berpattern ni dah lama tapi tak terbuat..bukan apa takut tak jadi..tak reti nak pipekan..hehe...cantik dadar batik akak ni..agak2 kalau tak ada kain batik boleh pinjam dadar batik akak ni tak?..wakakaka

    ReplyDelete
  7. 2 mas
    masss terlebih kala mala nii terang benderang hihihikk

    2 ayu
    boleeee apa salahnya...hikhikhik kelakau la ayu nieee....
    masa nak bentukan batik tu kena laju sikit sebab adunan tu cair huhuuu tak menang nak control...nak sekata bentuk tak dptlah ayuuuu.. kalau pekat keras la pula nanti...

    ReplyDelete
  8. salam Ilah...amboiiih lawonya dadar dia...rajin dia membatikkan dadar ituuu...heheee, lg berselera la nak makan eh....nak balik kampung today..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini