05 March, 2011

282. ikan kembong asam pedas halba ketumbar

masak pada 4 mac 2011 utk lunch

bahan:

3 ekor ikan kembong
bendi yg secukupnya

bahan mesin:

cili kering secukup pedas.. dalam 20 tangkai kot.. tak kira pula masa gunting..
1 sudu besar halba
1 sudu besar rempah biji/ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
1 inci kunyit
1 inci halia
1 inci lengkuas

mesin sehingga halus

caranya:

tumiskan bahan mesin sehingga pecah minyak dan garing.
masukkan air asam jawa/asam keping. kuah secukupnya
setelah mendidih masukkan bendi dahulu sehingga 1/2 masak
masukkan ikan daun kesom dan serai diketuk dan garam secukup rasa.
masak dgn api yg perlahan.


4 comments:

  1. mas kan kak ilah..kalau ada ikan kembung segar..memang mas buat asam pedas...sedappkan..
    terliur lak tengok asam pedas akak ni..he..he,..

    ReplyDelete
  2. Aslmkm Kk Ilah..t.kasih singgah ziarah kita nih...
    sedapnya kalau dapat mkn yg orgmasakkan..hehe...part bendi tuh...mengiurkan..

    ReplyDelete
  3. sedapnya asam pedas kak...malas tul nk msk hari ni tapau semangkuk kak yer...hehe

    ReplyDelete
  4. 2 mas
    bila dah makan ikan jenis besar sejak abg tak leh makan kembong sejak operate kak ilah lebih suka yg besar.. lain la rasanya..hehe..

    2 anna
    bendi mmg kak suka ana..

    2 nieza
    mai amek kak masak utk adik kak yg sedang sakit tuuu..

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini