08 March, 2011

285. SELAMAT HARI WANITA 8 mac 2011 dan sambal hitam

SELAMAT HARI WANITA 8 MAC 2011
khas buat kita yg bergelar perempuan...ahaksss


sambal hitam masak utk lunch 8 mac bersama ikan nyok2 masak asam selera jy

SAMBAL HITAM

bahan:

1 cawan belimbing buluh rebus dan tumbuk hancur kasar perah airnya. kalu suka masam biarkan airnya..tapi amek masa lah nak kering.
1/2 cawan ikan bilis
1 biji bawang besar mayang panjang
1/4 cawan cili padi mesin kasar
sedikit kicap
1 sudu besar gula
minyak utk menumis

caranya:

tumiskan ikan bilis sehingga sedikit wangi, masukkan cili padi dan bawang besar goreng sehingga sebati masukkan belimbing dan sedikit kicap dlm 3 sudu besar dan gula garam secukup rasa. masak sehingga sedikit kering dan toskan minyak sedia utk dimakan.

catatan: sambal ini adalah adaptasi dari sambal hitam pahang cuma ilah jy kurang guna kicap saja ubah selera.

NYOK NYOK MASAM ASAM selera JY cara 2
nanti saya masukan resepi ada tetamu dari sibu ni..

bahan;

1 ekor ikan nyok2 sebesar dlm gmbr

bahan mesin:

20 biji cili kering secukup pedas
1 biji bawang besar sederhana
1 sudu besar jintan kasar
1 sudu besar rempah biji
1 batang serai
1 inci lengkuas
1 inci halia
1 inci kunyit
2 sudu besar rempah kari ikan

mesin kesemua bahan sehingga halus dan tumis dgn minyak secukupnya.
setelah pecah minyak masukkan air asam jawa secukupnya/ asam keping
setelah mendidih masukkan ikan dan daun kunyit disiat2kan. masak api perlahan sehingga ikan empuk. rasa garamnya.

3 comments:

  1. perhhh...sambal hitam makan ngan nyok2 masak asam....
    memang sedapp bangat tu...
    akak...tumpang lunch sekali boleh....

    ReplyDelete
  2. kat sini pun ada sambal hitam, kita kesip2 air liur ni ha...

    selamat hari wanita, kak Ilah...

    ReplyDelete
  3. assalam kak, sambal itam tu bubuh kicap rupanya...ni nieza bawakan akak roti ni cicah sambal tu pun sodap..hehe

    ReplyDelete

terima kasih kerana sudi bual cara...
insyllh ada masa ilahjy cuba balas ya...
harap maaf terpaksa tutup utk ANYONE komen
sebab ada org amek kesempatan iklan kotor disini.
Lagi satu yg masuk komen suka menyamar, komen yg tak sedap dibaca..
Terpaksa ilahjy sekat.. mohon maaf atas kesulitan ini